seismik

Penjawat Awam Dapat Duit Raya RM500 & Pesara Terima RM250, Dibayar Mulai Minggu Depan

Berita gembira untuk penjawat awam!

Cover image via Harian Metro & Lifestyle Asia

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan memutuskan untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri berjumlah RM500 mulai minggu depan buat penjawat awam Gred 15 dan ke bawah

Menurut laporan Kosmo!, berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA hari ini.

Menurut beliau, pesara kerajaan serta veteran dan veteran tidak berpencen juga akan menikmati BKK Aidilfitri pada kadar RM250.

"Saya putuskan insya-Allah dalam minggu depan kita akan salurkan kepada Gred 56 (Gred 15 ke bawah) sebanyak RM500 bagi setiap penjawat awam.

"Manakala, untuk pesara RM250 termasuk veteran dan veteran tidak berpencen," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Image via Kosmo!

Didafahamkan, peruntukan BKK Aidilfitri itu mencecah sekitar RM1 bilion

Beliau berharap BKK akan dapat meringankan beban rakyat menjelang Aidilfitri ini. Di samping itu, pertimbangan BKK Aidilfitri tersebut dibuat selepas mengambil kira pertumbuhan ekonomi lebih baik dan sumbangan kerajaan lebih teratur dan berdisiplin.

"Walaupun ketirisan masih ada tetapi banyak dikawal oleh hasil kerajaan dan tatakelola yang lebih baik.

"Mengapa kita keras soal tatakelola dan elak ketirisan dan sebagainya kerana bila dapat hasil kita pulangkan balik kepada rakyat," katanya lagi.

Dalam pada itu, kerajaan juga bersetuju untuk menyalurkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mulai Isnin depan yang membabitkan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: