seismik

Peniaga Warga Bangladesh Ini Raih RM55,000 Sebulan Lepas Berkahwin Dengan Wanita Tempatan

Menurut lelaki itu, dia menjalankan perniagaan selepas berkahwin dengan seorang wanita tempatan.

Cover image via Kosmo & The Edge (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tindakan seorang peniaga warga asing yang menjalankan perniagaan runcit dan restoran dengan menggajikan tiga warga asing tanpa permit sah terbongkar dalam operasi bersepadu di sekitar Brickfields

Menerusi Kosmo, lelaki warga Bangladesh itu memberitahu, dia telah menjalankan perniagaan selepas berkahwin dengan seorang wanita tempatan dan memperoleh kira-kira RM55,000 sebulan.

Difahamkan, serbuan telah bermula pukul 9 hingga 11 malam dan mendapati majikan tersebut turut cuba memperdaya pihak berkuasa dengan menyatakan pekerja asing yang diupah hanya membantu secara hanya sementara.

Mereka tolong sahaja, bukan kerja tetap. Saya bayar mereka sebanyak RM45 hingga RM70 sehari,” katanya.

Image via Kosmo

17 individu ditahan untuk siasatan lanjut

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, lelaki berusia 47 tahun itu antara 17 individu yang ditahan susulan pemeriksaan membabitkan empat premis perniagaan.

"Individu ditahan terdiri daripada 13 lelaki Bangladesh dan dua lelaki Pakistan termasuk seorang majikan warga asing dan dua majikan tempatan yang merupakan pasangan suami isteri.

"Tindakan ke atas pekerja, majikan dan pelanggan itu membabitkan kesalahan tiada dokumen pengenalan diri yang sah, tinggal lebih masa, menyalahgunakan syarat pas sah serta melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI),” katanya.

Susulan daripada itu, Wan Mohammed Saupee berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c), Seksyen 6(1)(c) dan 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen.

“Tiga Borang Imigresen 29 (Saman kepada Saksi) turut dikeluarkan kepada majikan sepanjang tempoh pemeriksaan.

“Kesemua individu berusia 20 hingga 50 tahun yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut ,” katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: