Peniaga Jual Kuih Raya ‘Harga Rahmah’ Serendah RM6 Sebekas Di Ipoh, Perak
Kuih raya mampu milik.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dek kerana tersentuh dengan pengalaman pelanggan yang tidak dapat memenuhi permintaan anak membuatkan seorang peniaga menjual kuih raya dengan harga murah
Ia sekali gus menjadi pendorong kepada Khairruni Ahmad Zabidi, 64 tahun untuk menjual kuih raya pada harga serendah RM6 sebekas.
Menerusi laporan Bernama, idea untuk menjual biskut raya pada harga murah tercetus apabila dia berbincang dengan anaknya Norhidayu Abdullah selepas insiden menyentuh hati itu.
Jual lebih 100 jenis kuih raya
Menurutnya, perniagaan itu juga dibantu oleh kakaknya Suhairah Ahmad Zabidi dan Norhidayu.
Difahamkan, lebih 100 jenis biskut raya yang dibuat bersama yang dijual di gerainya di lot parkir stesen minyak Shell, Jalan Raja Ashman di Ipoh, Perak.
"Biasalah pelanggan bila bawa anak-anak, ada anak yang peluk terus balang biskut namun oleh kerana harganya sekitar RM28 hingga RM35 sebalang, pelanggan tidak mampu nak bayar biskut yang dimahukan.
“Jadi saya jual biskut serendah RM6. Jika pelanggan ada RM50 dengan biskut raya rahmah ini mereka boleh dapat hingga lapan bekas,” katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!