Peniaga Dedah Banyak Hasil Jualan Tak Dibayar Di Bazar Ramadan Yang Bayar Guna Kod QR
Kenapalah sanggup buat orang macam tu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Peniaga bazar Ramadan yang menggunakan kod QR sebagai kaedah transaksi mendakwa telah diambil kesempatan oleh segelintir individu apabila terdapat hasil jualan mereka didapati tidak dibayar
Menerusi perkongsian @mawarne di X, dia berkongsi bagaimana anak kepada kenalannya telah menghadapi perkara itu apabila mendapati ramai pelanggan yang membayar menggunakan kod QR tetapi ada bayaran yang tidak masuk.
"Anak kawan saya meniaga kuih di bazar, ramai bayar guna QR code. Tapi bayaran tak masuk pun.
"Kawan yang buat kuih ini guru KAFA yang gaji B40 paras lantai. Tak cecah gaji minimum pun.
"Jumlah yang masuk tu tak kena dengan kadar jualan. Cuma separuh je yang masuk. Tak dinafikan ada yang jujur tapi yang tidak pun ramai juga," tulisnya.
Peniaga hanya mahu mencari rezeki yang halal tetapi ada pelanggan pula sanggup makan benda 'haram'
Menerusi sebuah lagi hantaran di X, @ReenLAminuddin berkongsi bagaimana dia turut mengalami nasib yang sama apabila seorang pelanggan bertindak tidak membayar jualan dengan menipu sudah membayar menggunakan kod QR.
"Hari tu ada sorang customer beli nasi kerabu, dia bayar pakai QR, lepas itu tiba-tiba dia datang balik nak beli lagi sebungkus.
"Dia tunjuk bukti payment tu, kita okay jela. Rupa-rupanya itu gambar bukti yang first dia beli, payment yang kedua tak masuk pun sebenarnya. Sedih," tulisnya.
Membalas hantaran-hantaran tersebut, @youngsyefeeqa berkongsi dia sebagai pembeli akan sentiasa menunjukkan bukti pembayaran kepada peniaga jika menggunakan kod QR.
"That’s why everytime I bayar guna QR I akan tunjuk bukti pembayaran or if dia ada machine tu I tunggu bunyi notification masuk.
"Kesian la peniaga mencari rezeki lepastu dapat customer tak kenal halal haram," tulisnya di X.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!