seismik

Peniaga Bazar Ramadan Akui Terpaksa Naikkan Harga Makanan, Kos Bahan Mentah Meningkat

Kenaikan kos bahan mentah menjadi faktor utama peniaga menaikkan harga.

Cover image via New Straits Times & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kenaikan kos bahan mentah menyebabkan kebanyakan peniaga Bazar Ramadan terpaksa menaikkan harga juadah yang dijual

Tinjauan sumber di Bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) mendapati peniaga terpaksa menaikkan harga juadah sekitar RM1 sehingga RM2.

Menurut seorang peniaga martabak, dia mendakwa terpaksa menaikkan harga martabak yang dijual daripada RM5 kepada RM7.

"Harga bawang hari ini meningkat sehingga RM7 sekilogram (kg). Selalunya kita gunakan bawang India tetapi hari ini bawang tersebut sudah tiada lagi di pasaran.

"Martabak menggunakan bawang yang banyak. Dulu kami menghadapi masalah kekurangan telur. Inilah antara masalah yang dihadapi peniaga hari ini," katanya.

Bagaimanapun dia sudah memaklumkan perkara itu kepada pembeli lebih awal lagi.

"Bergantung kepada pembeli untuk menerima kenaikan harga dengan hati yang terbuka. Kami peniaga tiada pilihan. Mohon maaf kepada semua pelanggan," jelasnya.

Image via Berita Harian

Bagi seorang peniaga Roti John pula berkata, dia terpaksa menaikkan harga Roti John kerana kenaikan harga sos cili, sos lada hitam dan juga daging.

"Sebenarnya saya ingin menaikkan harga kepada RM10 tetapi suami saya menasihatkan cukuplah sekadar RM9. Tahun lalu saya menjual Roti John dengan harga RM8.

"Saya terpaksa menaikkan harga kerana daging cincang yang kami gunakan naik daripada RM18.50 kepada RM21.50. Sehari kami gunakan 15kg daging.

"Saiz roti kami tidak kecilkan cuma naikkan RM1 sahaja. Kami berniaga sudah lama di sini. Kami sudah maklumkan kepada pelanggan lebih awal," katanya.

Image via FoodAdvisor

Namun lain pula bagi peniaga kuih tepung pelita ini kerana tidak menaikkan harga sebaliknya mengekalkan harga yang sama seperti tahun lalu. Dia menganggap harga juadah di bazar ini masih lagi berpatutan.

"Semua barang naik harga sekarang, saya faham peniaga terpaksa menaikkan harga. Pada saya, sekiranya kita membeli juadah di luar kita tetap akan membayar jadi terpulang kepada individu bagaimana untuk terima kenaikan harga ini.

"Untuk belanja di bazar Ramadan saya memperuntukkan tidak lebih RM50 untuk dua orang," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: