seismik

Pengunjung Jepun, China & Korea Sanggup Beratur Berjam-Jam Demi 'Roti Canai Terbang'

Ada yang beratur sampai 7 kali!

Cover image via Chinapress

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Roti canai terbang berjaya mencuri perhatian ramai ketika 'kemunculannya' di Ekspo Dunia Osaka 2025

Menurut laporan China Press, proses penghasilan dan aroma harum mentega roti canai itu telah menarik ramai pengunjung untuk berhenti di Malaysia Pavillion.

Penebar roti canai, Mohammad Mueed dan Mohammad Zuilan dikatakan telah menunjukkan skil mereka dengan menerbangkan roti ke udara yang menyebabkan ramai pengunjung mahu menikmatinya dan sanggup beratur selama 2 jam.

Image via ChinaPress
Image via ChinaPress

Pengunjung kebanyakannya dari Jepun, China dan Korea Selatan dan ada yang sanggup beratur sebanyak 7 kali

Image via ChinaPress

Mohd Muhid yang berasal dari Kedah berkata, dia tidak pernah menyangka akan terpilih menjadi sebahagian daripada delegasi Malaysia ke Ekspo Osaka 2025 untuk mempromosikan masakan Malaysia ke peringkat antarabangsa.

“Sambutan hangat daripada para tetamu menjadikan pengalaman ini lebih bermakna. Ramai yang memuji kelazatan roti canai, baik dari segi rasa mahupun rupa.

Katanya, kebanyakan pengunjung terdiri daripada warga Jepun, Korea Selatan dan China.

"Selepas makan, ramai yang datang semula dan kata oishi (sedap), dan ada yang mengakui mereka telah beratur sebanyak 7 kali," katanya.

Image via ChinaPress

Roti canai yang baru dimasak dihidangkan bersama kari ayam serta kuah dhal dijual pada harga 1,680 yen (RM49.82) setiap hidangan; antara 1,000 hingga 1,600 hidangan terjual setiap hari, menunjukkan bahawa roti canai semakin mendapat sambutan dalam kalangan pelancong dari Jepun, Korea Selatan, China dan negara-negara lain.

Pada tahun 2023, laman web makanan dunia TasteAtlas telah mengeluarkan senarai makanan jalanan terbaik di dunia, dan lempeng India Malaysia ini berjaya menduduki tempat kedua terbaik di dunia.

Harapan agar populariti roti canai di pentas dunia ini akan mengangkat makanan itu ke tahap global

Mohd Zuilan dari Pulau Pinang menyuarakan harapan agar populariti roti canai di pentas dunia ini akan mengangkatnya ke tahap global.

“Saya harap 'Indian pancakes' di Pavilion Malaysia boleh jadi makanan nombor satu di Ekspo Dunia 2025,” katanya.

Beliau juga menekankan potensi roti canai untuk menjadi tarikan pelancong ke Malaysia.

Image via ChinaPress

“Tak boleh lupa rasa dia” - reaksi Pengunjung Jepun

Bagi pelancong Jepun, Yoshinaga Yoko, rasa roti canai bukan sahaja unik tetapi juga sukar dilupakan.

“Ini kali kedua saya makan roti canai. Kali pertama sebab nampak di platform sosial X, dan rasanya memang unforgettable. Saya sanggup beratur lagi,” katanya.

Yoshinaga yang pernah melawat Malaysia 30 tahun lalu turut memuji kemajuan negara dan menggambarkan Malaysia sebagai aman dan moden.

Seorang lagi pelancong, Hanako Seki, pertama kali mencuba roti canai, atau lebih dikenali di sana sebagai roti prata juga kagum dengan keenakannya.

“Kari ayam yang disediakan tak terlalu pedas dan buatkan selera saya makin terbuka,” katanya pula.

Beliau juga tersentuh dengan persembahan budaya di Pavilion yang mengingatkannya pada kenangan indah ketika berada di Malaysia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: