Penguatkuasa Serbu Geng Plastik Hitam, Peniaga Siap COD Makanan Ke Rumah Pelanggan
Semakan mendapati premis berkenaan pernah diserbu sebelum ini atas kesalahan sama.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pihak berkuasa berjaya mengesan taktik baharu geng plastik hitam di bulan Ramadan bagi mengelak penjualan dicekup baru-baru ini
Difahamkan, taktik baharu itu dilakukan apabila nasi bungkus akan dihantar terus ke rumah pelanggan untuk mereka yang ponteng puasa.
Menerusi laporan daripada Sinar Harian, Ketua Unit Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah (PAD) Kuala Muda, Shuib Ismail@Yusuf memberitahu serbuan Ops Plastik Hitam ke atas sebuah premis di Tikam Batu.
Mereka mendapati peniaga menyediakan perkhidmatan bungkus dan hantar makanan yang diletakkan dalam plastik hitam kepada pelanggan walaupun ketika itu baru menunjukkan jam 11 pagi.
Beliau memberitahu, semasa serbuan dilakukan, dua penghantar makanan juga sudah sedia menunggu 'tugasan' mereka mengikut tempahan ke sekitar kawasan itu.
"Ketika diserbu mendapati, peniaga sedang membungkus nasi yang ditempah, terdapat pelbagai jenis lauk dan minuman yang siap dibungkus, dua lelaki juga mengaku sebagai 'runner' dan akan buat urus niaga secara hantaran (COD) kepada pelanggan," katanya.
Premis pernah diserbu sebelum ini atas kesalah sama
Difahamkan, terdapat beberapa pelanggan yang bertempiaran lari ke arah belukar di belakang premis dan ada yang sempat menaiki kenderaan sebelum berlalu pergi sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa bagi mengelak ditahan.
Menurutnya, lima individu diberi notis mengikut Seksyen 14, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana tidak menghormati bulan Ramadan dan diminta hadir ke Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dalam masa terdekat untuk siasatan lanjut.
Dalam pada itu, operasi berkenaan turut mendapat kerjasama PAD Yan dan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) serta Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK).
Anggota penguat kuasa menunjukkan air minuman dan makanan yang siap dibungkus sebelum dihantar kepada pelanggan.
Image via Sinar HarianMalah, MPSPK turut mengeluarkan kompaun kerana tidak mempamerkan lesen perniagaan berdasarkan Undang-undang Kecil (UUK) 3, tidak mematuhi arahan suntikan pelalian pengendali makanan mengikut UUK 38 dan kompaun bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) kerana menjalankan perniagaan sebelum jam 3 petang pada bulan Ramadan.
Hasil semakan mendapati premis berkenaan pernah diserbu sebelum ini atas kesalahan sama namun tetap ingkar arahan yang dikenakan.
Kedudukan premis yang agak terlindung dengan hanya beroperasi melalui pintu belakang mungkin menyebabkan kawasan itu menjadi port kaki ponteng puasa.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!