Penghuni 'Hampar' Segala Barangan Letak Di Koridor Rumah Hingga Jejas Pemandangan
Difahamkan, individu terbabit menjadikan kawasan koridor itu sebagai tempat meletakkan perabot kayu untuk dijual.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebuah apartmen menjadi perhatian selepas almari, kerusi, rak kasut dan ampaian baju diletakkan di bahagian koridor
Tinjauan Harian Metro di apartmen berkenaan mendapati ada koridor rumah yang dipenuhi barang seperti almari selain perabot kayu.
Seorang penghuni di apartmen berkenaan yang enggan dikenali memaklumkan, jirannya menjadikan kawasan koridor itu sebagai tempat meletakkan perabot kayu untuk dijual.
"Setahu saya, jiran ada perniagaan menjual perabot kayu yang dihasilkan sendiri. Sebab itu, ada banyak perabot di sini (kawasan koridor rumah jirannya).
"Perkara itu sudah diketahui oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) apartmen ini dan difahamkan notis amaran sudah dikeluarkan," katanya.
Pelbagai barangan diletakkan di koridor sampai laluan jadi sempit
Dalam pada itu, tinjauan di sebuah flat di Petaling Jaya pula mendapati, pelbagai barangan diletakkan di koridor menjadikan laluan berkenaan sempit.
Seorang penduduk yang tidak mahu dikenali berkata, perbuatan meletakkan barang di koridor sudah menjadi kebiasaan segelintir penghuni.
"Ada yang letak kerusi, rak kasut, kontena, kotak, ampaian dan macam-macam lagi. Disebabkan ramai yang buat macam itu (letak barang di koridor), ia sudah menjadi kebiasaan.
"Keadaan itu menyebabkan laluan koridor jadi sempit kerana dipenuhi dengan pelbagai barang yang sepatutnya tidak diletakkan di kawasan itu," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan, polis masih menjalankan siasatan lanjut berkaitan kejadian seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia didakwa terjatuh selepas memanjat sofa di ruangan terbuka sebuah apartmen perumahan awam Presint 9, Putrajaya, Sabtu lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed, beliau berkata punca kejadian itu belum dikenal pasti susulan kes masih dalam siasatan.
Terdahulu, tular hantaran di media sosial yang mendakwa mangsa berusia dua tahun dipercayai memanjat sofa yang berada di ruangan terbuka apartmen sebelum terjatuh.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!