"Pengecualian Visa Pelancong China Dilanjutkan Lagi 5 Tahun" - Menteri Dalam Negeri
Kata sepakat itu dipersetujui semasa kunjungan Presiden China ke Malaysia tempoh hari.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan pegawai Malaysia dan China akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat untuk memperhalusi cadangan kedua-dua negara untuk melanjutkan program pengecualian visa dalam tempoh lima tahun akan datang
Menurut laporan Sinar Harian, kedua-dua pihak mencapai persetujuan semasa lawatan negara, Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia minggu lalu.
"Secara prinsipnya kedua-dua negara bersetuju dari sudut pengecualian pengeluaran visa kepada rakyat China dan Malaysia diberikan untuk tempoh 90 hari.
"Kita juga bersetuju bahawa kemudahan berkenaan akan dilanjutkan untuk tempoh lima tahun dengan pilihan untuk disambung bagi tempoh lima tahun lagi," katanya.
Difahamkan, Malaysia dan China telah menandatangani 32 perjanjian persefahaman (MoU) termasuk satu membabitkan Kementerian Dalam Negara (KDN) iaitu berkaitan lanjut pengecualian visa selama 90 hari
Susulan itu, pegawai KDN akan mengadakan perbincangan dengan pegawai kerajaan China dan tarikh kuat kuasa sambungan program pengecualian visa itu akan diumumkan pada masa terdekat.
Menurutnya, ketika ini semua pelancong China dibenarkan memasuki Malaysia tanpa perlu memohon sebarang visa selama 90 hari selepas diperkenalkan mulai 2023.
Pengecualian visa bersama China yang dilaksanakan secara percubaan pada hujung 2023 bagi memberi impak besar dalam merangsang sumbangan ekonomi melalui kunjungan pelancong dari negara itu.
"Bagaimanapun, tempoh pengecualian berkenaan akan tamat dalam masa setahun lagi sebelum disambung lima tahun lagi," katanya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!