seismik

"Pengaruh Rakan Sebaya" - Gelagat Nenek Acah-Acah Hisap Rokok Masa Lepak Ini Bikin Dekah

Bukan biasa-biasa punya level ni.

Cover image via @mr.tobacco238 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau lapar kita pasti nak pergi makan dekat restoran atau kedai makan bukan?

Dan pergi lepak bersama dengan kawan-kawan atau keluarga untuk mengisi masa lapang serta mencipta kenangan. 

Namun, lain pula yang jadi apabila baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan gelagat para nenek lepak di sebuah kedai makan telah meraih tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Lepak sambil acah-acah tengah hisap rokok

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mr.tobacco238 di TikTok, kelihatan tiga orang warga emas sedang lepak dan berborak kosong di sebuah kedai makan. 

Namun, apa yang paling mencuit hati adalah nenek-nenek tersebut dilihat selamba menghisap puntung rokok yang tidak dinyalakan seperti acah-acah menghisapnya dan menunjukkannya ke arah kamera. 

Dalam video itu juga, mereka dirakam sedang bergaya seperti menghisap rokok menyebabkan mereka tidak dapat menahan gelak dan menggeleng kepala.

"Minta semua cucu pantau-pantau sama opah korang lepak ngan siapa" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 1.1M views, 97.1K likes dan 3,134 comments di TikTok.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat spontan nenek-nenek tersebut dan memberi komen mencuit hati mengenainya. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak apa lah, asalkan tak betul nyala sudah :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: