seismik

"Makan Sampai Cincin Hilang" - Pengantin Baru Selongkar Tong Sampah Ini Jadi Perhatian

Lupa yang ada cincin dekat jari.

Cover image via @amy_robot46 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasangan pengantin yang baru bernikah sudah pasti akan memakai cincin emas pernikahan mereka

Namun, ia memang sedikit kekok kalau seseorang itu tak pernah pakai cincin sebelum kahwin. Sampaikan ada insiden yang tertinggal cincin atau lupa. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang wanita dilihat menyelongkar tong sampah gara-gara cincin kahwinnya lesap telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@amy_robot46

Apa Bila Lunch Bersama Wife Dengan Cincin Emas Buang Sekali Dalam Tong Sampah,,Alhamdulillah Rezeki Kmi Masih Ade Lagi,Maka Cincin Emas Pon Jumpe,Tq allah #fypcomment #viral #FypO #tiktokmalaysia

original sound - _46 - _46

Seronok makan nasi sampai cincin pun hilang

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang menyelongkar tong sampah dengan gigihnya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia dilihat sedang mencari sesuatu yang berharga. Rupa-rupanya, dia sedang mencari cincin kahwinnya kerana hilang semasa dia makan nasi.

Dia juga dilihat membuka bungkusan nasi yang telah dibuang untuk mencari cincin kesayangannya itu. Pada akhir video, dia akhirnya terjumpa cincinnya di dalam tong sampah.

"Adui macam mana ek boleh terlucut dari jari, beria betul menggaul nasi, nasib tak tertelan masa makan" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 300K tontonan, 11K tanda suka dan 200 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nasib baik jumpa, kalau tak mahu menangis dekat situ juga! ;P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: