seismik

"Ada Kuasa" - Penganjur Panggil Pawang Untuk Berhentikan Hujan Di Indonesia Curi Tumpuan

Memang berhenti ke hujan tu?

Cover image via @hillsatrio (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Semua penganjur yang melibatkan aktiviti luar sudah tentu mahukan cuaca yang baik supaya acara dapat berjalan dengan lancar

Baru-baru ini, gempar di Indonesia tentang acara perlumbaan MotoGP yang diadakan di Litar Antarabangsa Mandalika. 

Tular video di TikTok yang memaparkan pihak penganjur memanggil pawang untuk memberhentikan hujan telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Suruh pawang buat upacara berhentikan hujan supaya acara boleh diteruskan

Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah rakaman yang memaparkan suasana hujan di litar perlumbaan kereta. 

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila pihak penganjur dilihat memanggil pawang untuk membuat upacara di tengah-tengah litar. Upacara tersebut dipercayai ialah upacara memberhentikan hujan supaya perlumbaan boleh diteruskan. 

Lihat video sambungan itu di bawah:

@hillsatrio

Reply to @magdalenarosasiska hujannya sih berkurang, balapan bisa mulai. Apa karna pawang atau karna Tuhan, kembali ke keyakinan masing-masing #MotoGP #Mandalika #SerunyaOlahraga #TiktokBerita

original sound - hillsatrio - hillsatrio

"Mujur takda kilat, kalau ada kilat auto pawang tu lari" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 13M tontonan, 400K tanda suka dan 9K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap pawang itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Macam-macam benda sekarang ni. Tengok boleh, percaya jangan! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: