seismik

Penduduk Taman Sri Muda Gesa Kerajaan Negeri Ambil Tindakan Isu Banjir Kilat Berulang

Difahamkan, banjir baru-baru ini menenggelamkan sekitar 700 rumah.

Cover image via FMT & Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penduduk Taman Sri Muda di Shah Alam menyeru kerajaan negeri Selangor menangani masalah banjir kilat berulang yang terus melanda di kawasan perumahan mereka

Menurut laporan Malaysiakini, jurucakap Umagandhan Krishnan berkata penduduk kejiranan itu hidup dalam ketakutan berterusan hujan lebat dan masih trauma dengan kejadian banjir sebelum ini.

Difahamkan, dua pam air baharu yang dibina di kawasan itu tidak berfungsi semasa hujan lebat baru-baru ini sehingga menyebabkan banjir berlaku pada 11 April lalu.

Image via FMT

Banjir itu menenggelamkan kira-kira 700 rumah dengan air yang mencecah paras lutut dan pinggang

"Menjelang pagi, sudah dinaiki air. Kami pergi dan periksa stesen pam banjir. Pintu air dibuka, tetapi dua pam tidak beroperasi dan tidak mempunyai bekalan elektrik.

"Kami diberitahu oleh salah seorang pekerja stesen pam. Pam baru dibina tahun lepas, tetapi sekarang ia tidak berfungsi. Hanya pam lama yang berfungsi," katanya.

Penduduk beri tempoh tujuh hari kepada pihak berkuasa untuk tindak balas dan memberi amaran akan mengadakan protes di Taman Sri Muda jika tidak diendahkan

"Kita sudah tahu bahawa kerajaan merancang untuk menganjurkan mesyuarat bulan depan. 

"Jika sehingga Ahad ini, 20 April, kita tidak mendengar berita daripada kerajaan sama ada kerajaan negeri atau persekutuan, Menteri Besar, Perdana Menteri, kementerian, atau sesiapa sahaja, kita akan mengadakan bantahan di Taman Sri Muda, kerana kita percaya tiada penyelesaian lain," katanya lagi.

Semasa sidang media itu, beberapa penduduk turut meluahkan rasa kecewa mereka terhadap isu yang berulang, sambil menambah bahawa aduan mereka tidak didengari

"Kami sudah banyak kali dilanda banjir. Pada tahun 2021, rumah saya telah ditenggelami banjir sepenuhnya, tiada apa yang dapat diselamatkan. Saya terpaksa berbelanja besar untuk membaiki rumah saya.

Ia mengambil masa berbulan-bulan untuk baiki. Nasib baik saya masih bekerja. Cuba anda bayangkan penderitaan mereka yang tidak mempunyai pendapatan?" katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk berkata dia mengalami kerugian lebih RM80,000 akibat banjir berulang itu.

"Kenapa kami perlu berpindah? Kami suka tempat ini. Saya sudah lama tinggal di rumah ini, saya tidak akan lari dari Taman Sri Muda. Walau apa pun, saya akan tetap setia di Taman Sri Muda," katanya ketika ditanya sama ada dia ada merancang untuk berpindah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: