seismik

Penduduk Kampung Parit Jerman Di Johor Penduduk Paling Bangga Di Malaysia

Kejayaan pasukan Jerman menjulang Piala Dunia 2014 telah melonjakkan nama Kampung Parit Jerman di Pontian, Johor.

Cover image via bazookapenaka.com

Kemenangan Pasukan Jerman Ke Atas Pasukan Argentina Pada Perlawanan Akhir Piala Dunia 2014 Disambut Meriah Penduduk Kampung Parit Jerman Di Pontian, Johor

Jaringan kemenangan pemain Jerman, Mario Gotze pada minit ke-113 ke atas Argentina, disambut sorakan kegembiraan penduduk Kampung Parit Jerman semasa majlis tontonan perlawanan Piala Dunia 2014 itu pada pagi Isnin, 14 Julai 2014.

bernama.com

Papan tanda Kampung Parit Jerman bersama mafla "Germany" yang diletakkan sempena Piala Dunia 2014.

Image via blogspot.com

Jeritan 'gol' memecah keheningan subuh tatkala masyarakat Islam tengah sibuk bersahur, diikuti tepukan gemuruh daripada lebih 50 penduduk yang hadir untuk menyaksikan perlawanan akhir itu.

kosmo.com.my

"Kami rasa amat gembira dengan kemenangan ini dan berpuas hati pasukan Jerman yang sama nama dengan kampung kami telah mempamerkan mutu permainan yang baik," kata Ketua Kampung Kawasan (1), Mukim Ayer Masin, Mohd Asri Ali.

bharian.com.my

Nama Kampung Parit Jerman Kini Menjadi Sebutan Orang Ramai Selepas Mendapat Tempias Piala Dunia Rentetan Aksi Cemerlang Yang Dipamerkan Pasukan Jerman Sepanjang Kejohanan Tersebut

Ditemui pada majlis itu yang diserikan dengan aktiviti bersahur makanan terkenal masyarakat Jawa nasi ambeng, serta durian, manggis dan kuih-muih tempatan, Mohd Asri berkata sebelum ini beliau tidak menyangka kampung itu turut mendapat tempias daripada Piala Dunia.

kosmo.com.my

Beliau berkata, kampung itu menjadi lebih popular pada Piala Dunia tahun ini berbanding penganjuran terdahulu sehingga papan tanda nama kampung itu menjadi lokasi popular dan menarik perhatian masyarakat.

utusan.com.my

"Kita boleh lihat ramai yang singgah di jalan masuk ke kampung ini untuk bergambar di papan tanda nama kampung. Ramai orang sudah mengenali kampung ini," kata Mohd Asri.

sinarharian.com.my

Ekoran Bilangan Pengunjung Yang Datang Semakin Meningkat, Penduduk Kampung Bercadang Untuk Membina Sebuah Pintu Gerbang Yang Besar Dan Cantik Bagi Memudahkan Orang Ramai Mengenali Kampung Tersebut

Penduduk kampung itu juga bangga kerana nama kampung mereka mula dikenali ramai kerana kemenangan bergaya Jerman.

tranungkite.net

Kini, penduduk kampung itu berhasrat untuk mengumpul dana bagi membina pintu gerbang yang cantik untuk memudahkan orang ramai yang ingin datang untuk melawat.

bernama.com

Jamuan khas turut akan diadakan pada awal Hari Raya bagi meraikan kemenangan pasukan Jerman itu.

bharian.com.my

Nama Asal Kampung Parit Jerman Didapati Melalui Kisah Sejarah Dimana Pedagang Jerman Dikatakan Menjadikan Kampung Itu Sebagai Laluan Perdagangan Getah Dan Nanas Sebelum Perang Dunia Kedua

Mohd Asri berkata asal nama kampung itu sudah ada sebelum Jepun datang menduduki Tanah Melayu. Menurutnya, sebelum Perang Dunia Kedua, Jerman sudah menjadikan kampung itu sebagai laluan perdagangan getah dan nanas.

tranungkite.net

Kesan jeti yang didakwa dibina pedagang Jerman sebelum Perang Dunia Kedua.

Image via malaysiagazette.com

"Pedagang Jerman tersebut menetap di Sungai Peradin yang berhampiran dan mengusahakan tanaman seperti nanas, kelapa dan getah di kawasan ini dan menjadikan jalan kampung ini sebagai laluan utama mereka."

sinarharian.com.my

"Disebabkan itu, penduduk tempatan memberi nama Parit Jerman sehingga nama tersebut kekal diguna pakai hingga ke hari ini. Penduduk kampung juga bersetuju nama ini dikekalkan kerana selain unik dan mempunyai tarikan, ia juga mempunyai nilai-nilai sejarah sejak dahulu," katanya yang turut teruja dengan persembahan pasukan Jerman menewaskan Brazil 7-1, baru-baru ini.

utusan.com.my

Kampung Parit Jerman Didiami Seramai Lebih Kurang 100 Penduduk Yang Terdiri Daripada Masyarakat Jawa, Bugis Dan Banjar

Kampung Parit Jerman yang terletak berdekatan Kampung Belokok, lebih kurang lima kilometer dari Pekan Peradin didiami 100 penduduk terdiri daripada masyarakat Jawa, Bugis dan Banjar.

bernama.com

Kesan tinggalan kedatangan pedagang Jerman itu masih ada sampai hari ini misalnya jeti, pusat pemunggahan barang serta rel yang digunakan untuk memindahkan barang di Sungai Peradin.

tranungkite.net

JUGA DI SAYS: 12 Nama Tempat Pelik Yang Benar-Benar Wujud Di Malaysia

You may be interested in: