seismik

Pendakwah Tuduh Sabri Yunus & Angeline Tan Sudah Berzina Kerana Pernikahan Tak Sah?

Semoga Sabri dan Angeline banyakkan bersabar

Cover image via

Selepas bernikah pada Sabtu lalu, hari ini Sabri Yunus dan Angeline Tan telah dituduh seorang pendakwah bahawa pasangan itu telah berzina kerana pernikah yang tidak sah menurut pendakwah tersebut

Menurut sumber, pengarah, pelakon dan pelawak popular, Sabri Yunus menganggap tuduhan seorang pendakwah yang mendakwa dia dan isterinya, Angeline Tan sudah berzina adalah sangat berat.

Image via kosmo.com.my

Beliau berasa sangat sedih, apabila lafaz ijab kabul pada Sabtu lalu menjadi perdebatan pendakwah terbabit yang mengundang banyak persepsi negatif.

"Seorang ustaz dengan jelas dan terang mengata (menuduh) pernikahan kami tidak sah dan terus membuat kesimpulan kami akan berzina. Ia satu tuduhan berat.

"Dalam video yang sama dikatanya lafaz qabul yang mengelirukan. Siapa yang keliru? Dalam majlis (pernikahan) itu hanya perlu dua saksi walaupun hampir 25 orang yang hadir. Saksi dua orang tak keliru dan 25 tetamu pun sama.

"Orang di luar tidak bersama dalam majlis tidak ada isu dalam penyaksian majlis itu. Dia dengar atau tidak, faham atau tidak bukan isu pengesahan. Soal pandangan mazhab dah jelas ada khilaf dan setujunya," terangnya dalam satu catatan di Facebook.

Menurut Sabri, individu yang sengaja melemahkan fikirannya dalam isu berkaitan lafaz qabul adalah selemah-lemah manusia

Isey dan ister antara rakan selebriti yang hadir pada majlis pernikahan mereka Sabtu lalu.

Image via malaysiagazette.com

Sebelum ini, seorang pendakwah dalam satu ceramahnya baru-baru ini mendakwa pasangan yang dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali Dr Maza itu tidak memenuhi ucapan ijab dan qabul yang sepatutnya.

Sabri mendedahkan ahli agamawan itu dilaporkan tidak sehaluan dengan Dr Maza sehingga wujud perselisihan pendapat.

"Hari ini saya baca banyak lagi pandangan ulama lain akan isu ini. Ternyata berbeza dengan pandangan ustaz ini. Jangan letak hukum atas dasar rasa kebencian semata-mata. Agamawan tidak harus bersikap begitu. Tidak terselit keikhlasannya," tambahnya lagi.


Dalam pada itu, beliau menegaskan majlis pernikahannya yang berlangsung di Perlis tidak melanggar sebarang akta berkaitan urusan pernikahan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

You may be interested in: