seismik

Pemuda Semangat Bawa Kek Birthday, Sekali Lain Yang Jadi Lepas Kena 'Kacau' Dengan Kucing

"Mungkin kucing tu berdendam kot" - Warganet.

Cover image via @faisal.suhaimi (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Lumrah jika kita ingin meraikan hari jadi seseorang, benda paling penting yang perlu ada sudah tentunya kek birthday betul tak?

Namun, nasib malang telah menimpa seorang pemuda ini apabila misi kejutan hari jadi buat adiknya gagal gara-gara dikacau oleh seekor kucing.

Lihat video penuh itu di bawah:

Semangat bawa kek konon nak buat surprise dekat adik, sekali lain pula yang jadi

Menerusi video yang dimuat naik oleh @faisal.suhaimi, kelihatan pemuda itu sedang membawa sebiji kek hari jadi. Dipercayai, dia ingin membuat kejutan untuk adiknya.

Namun, apa yang melucukan adalah apabila tiba-tiba muncul seekor kucing dari tepi dan mencakar kakinya.

Akibat terkejut, pemuda itu pantas menendang si kucing dan tergolek jatuh ke belakang. Namun begitu, dia dilihat masih sempat menyelamatkan kek hari jadi itu yang sudah nampak sedikit buruk.

"Nak gelak tapi takut dosa, tapi dah tergelak hm" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 417.2K tontonan, 54K tanda suka serta 334 perkongsian di TikTok.

Rata-rata warganet turut terhibur melihat reaksi pemuda itu yang gigih nak selamatkan kek hari jadi adiknya walaupun sudah jatuh tergolek.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Tak pasal-pasal diri sendiri yang dapat kejutan ya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: