seismik

[VIDEO] "Bersihnya Air" - Pemuda Ini Selamba Berenang Di Parit Kebun Curi Tumpuan Warganet

Bestnya tengok dia terjun!

Cover image via @pecah_pale (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Macam-macam aktiviti terbantut apabila pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dikenakan

Untuk mengekang penularan wabak penyakit, kita semua dinasihati supaya duduk di rumah. Namun begitu, tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan di rumah sehinggakan ada yang bosan. 

Sama seperti pemuda ini yang bosan duduk di rumah dan akhirnya dia bertindak untuk mandi di parit kebunnya. Video berkenaan telah viral di TikTok dan menarik perhatian netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@pecah_pale

Berpkp takleh nak keluar gi sunway…tapi Kebun boleh @mantaptokdalang69 #fyp #basah #myfoodie

original sound - Felix Cgbr - Felix Cgbr

Berenang di parit kebun, netizen tertarik dengan kejernihan air

Menerusi video yang dimuat naik oleh @pecah_pale di laman TikToknya, kelihatan dia sedang terjun dan berenag di sebuah parit kebunnya. 

Apa yang menarik perhatian adalah air parit itu kelihatan sangat jernih dan bersih. Pemuda itu kelihatan sangat bersahaja berenang di dalam parit itu. 

Lihat video sambungan itu di bawah: 

@pecah_pale

Reply to @0uhhhh1 weh tatau pulak macam ni respon korang sorry ni sebenarnye video lama time pkp first rasenye…tapi ni ade la sikit cebisan vid lama

All Comes Back To You - R3HAB

"Bersihnya air, dengan aku sekali rasa nak terjun" - Netizen

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut teruja dengan kejernihan dan kebersihan air parit itu. Malah, ada juga yang menyakat lelaki itu kerana mandi di parit. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya meraih 2M tontonan, 197K tanda suka dan 8K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Bestnya dapat berenang dalam air bersih macam tu, mesti sejuk je! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: