Pemilik Restoran Tak Sangka Pekerja Sorok Kod QR, Paksa Pelanggan Bayar Secara Tunai
Macam ini punya pekerja pun ada.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular di laman Threads mengenai seorang pemilik kedai makan berkongsi tentang perangai pekerjanya yang tidak jujur
Menerusi perkongsian daripada @missmyra96, dia meluahkan rasa kecewa selepas mendapati pekerjanya menyembunyikan kod QR untuk mengelakkan pelanggan membuat bayaran secara digital.
Difahamkan, salah seorang pelanggannya mendakwa ingin membuat bayaran menggunakan kod QR, namun pekerjanya memaklumkan tiada kemudahan tersebut dan meminta bayaran secara tunai.
Harga makanan sebenar ialah RM19, tapi pekerja memberitahu pelanggan untuk membayar RM21
"Saya pun pelik sebab sebelum ni ramai sahaja bayar guna kod QR. Tapi sejak kebelakangan ni, tiada sorang pun guna kod QR. Rupa-rupanya pekerja saya tak bagi, suruh bayar tunai sahaja," katanya.
Lebih mengejutkan, pelanggan tersebut kemudian memaklumkan telah membayar RM21 secara tunai untuk makanan berharga RM19, sekali gus menimbulkan tanda tanya terhadap kejujuran pekerja tersebut.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!