seismik

Pemilik Elrah Tampil Jelaskan Isu Didakwa Ciplak - “Motif Keris Bukan Hak Individu”

Harap isu ini dapat diselesaikan dengan baik.

Cover image via @elazman_ (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini kecoh selepas jenama pakaian terkemuka, Elrah Exclusive didakwa plagiat rekaan samping warisan turun-temurun keluarga suami kepada pempengaruh iaitu Tyra Kamaruzzaman

Difahamkan, Tyra memberitahu ada menghubungi pemilik jenama tersebut tetapi tidak diselesaikan kerana sibuk atas urusan kerja.

Perkara itu membuatkan Tyra memuat naik hantaran berserta tangkap layar perbualan antara suaminya dengan pemilik tersebut.

Pemilik tampil jelaskan tentang isu ciplak

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram pemilik Elrah iaitu El Azman, dia memberitahu motif keris bukan hak eksklusif individu tetapi merupakan sebahagian daripada warisan budaya Nusantara.

Malah, dia turut memberitahu hak cipta pihak terbabit hanya didaftarkan pada tahun ini, sekali gus tidak mempunyai bukti rasmi mereka memiliki reka bentuk itu sejak tahun 1890.

"Elrah Exclusive menegaskan bahawa dakwaan yang dibuat ke atas koleksi Samping Raya Elrah Exclusive 2025 tidak berasas dan tidak mempunyai asas undang-undang yang kukuh.

"Motif keris bukan hak eksklusif mana-mana individu dan pendaftaran hak cipta pada tahun 2025 tidak boleh digunakan sebagai bukti pemilikan sejak tahun 1890," jelasnya.

Pihak Elrah juga memberitahu, motif keris yang digunakan dalam koleksi mereka adalah hasil interpretasi tersendiri dan tidak meniru mana-mana pihak.

Bagaimanapun, Elrah memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya dakwaan tersebut menjejaskan reputasi dan kredibiliti mereka.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: