seismik

Pembeli Perlu Tunjuk MyKad Bukti Kewarganegaraan Untuk Beli Beras Tempatan

Langkah itu bertujuan menghalang warga asing membeli beras putih tempatan yang diberi subsidi.

Cover image via New Straits Times & iloveborneo (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Beberapa kedai runcit dan pasar raya kini telah menguatkuasakan pembeli untuk menunjukkan bukti kewarganegaraan sebagai syarat untuk membeli nasi putih tempatan

Menurut laporan New Straits Times, langkah itu bertujuan bagi menghalang warga asing membeli beras putih tempatan yang diberi subsidi.

Malah, sesetengah kedai mengehadkan pembelian kepada satu beg bagi setiap keluarga.

Seorang peniaga bernama Sharon Pooi, 47 tahun, berkata kedainya hanya membenarkan rakyat Malaysia membeli nasi putih tempatan.

"Kami menyemak MyKad setiap pembeli untuk mengelakkan beras ini jatuh ke tangan warga asing. Di kedai saya, setiap keluarga hanya boleh membeli dua kampit nasi putih tempatan," katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Langkah tersebut agar memastikan subsidi sampai kepada penerima yang betul

Walaupun beberapa pelanggan telah mengadu mengenai bukti untuk menunjukkan MyKad mereka, namun, Pooi berkata langkah itu akan diteruskan untuk memastikan subsidi sampai kepada penerima yang tepat.

Seorang lagi peniaga yang dikenali sebagai Yaw, 23 tahun pula berkata, dia mengambil pendekatan lebih sistematik dengan memaparkan dengan jelas notis mengenai had pembelian dua beg bagi setiap keluarga.

“Kami juga mempamerkan notis yang menyatakan pelanggan perlu menunjukkan MyKad sebelum boleh membeli beras tersebut,” katanya.

Tambah Yaw, langkah ini bukan sahaja memastikan beras subsidi dijual kepada mereka yang layak tetapi juga bagi mengelakkan salah faham.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo

Pada Februari lalu, Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan mengumumkan sebanyak 24 juta pek beras putih tempatan bersubsidi akan disediakan mulai 1 Mac dengan harga RM26 setiap 10kg.

Inisiatif itu dijangka memberi manfaat kepada 400,000 ketua isi rumah miskin, termasuk 77,000 yang akan menerima subsidi beras.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: