seismik

"Syukur Dapat 'Mata' Balik" - Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Buat Pembedahan Lasik. Berbaloi

Jumlah kos yang dikenakan untuk pembedahan kedua-dua belah mata hanyalah RM2,888. Tidak semahal yang disangka.

Cover image via Muzaimil Huzairi / Facebook

Tak bestnya bila keluar dari kereta atau mana-mana tempat yang mempunyai penghawa dingin, terus spek mata berkabus.

Pernah rasa?

Image via youngisthan.in

Atau ada juga situasi lain yang membuatkan anda rasa sangat jengkel ketika memakai spek mata. Rasa macam nak je cabut tapi nanti tak nampak dunia pula.

Ugh, stress betul!

Oleh itu, seorang lelaki di laman Facebook iaitu Muzaimil Huzairi telah berkongsi pengalamannya ketika melakukan lasik surgery.

Tiada lagi rabun dan spek mata! :D

26/10/2018 - Lasik Surgery | Sampai klinik & last day pakai spek.

Image via Muzaimil Huzairi / Facebook

Perkongsian ini juga telah menarik minat pihak kami untuk berkongsi kepada pembaca jika anda juga mengalami masalah yang sama. Tidak suka memakai spek mata namun masih memerlukannya.

Kini anda masih mempunyai harapan untuk mengatakan selamat tinggal rabun. Bagaimana caranya?

Baca perkongsian penuh di bawah:

Setelah 8 tahun memakai spek, alhamdulillah dapat balik 'mata'. Bukan rabun je hilang, silau pun tiada lagi. Memang seronok sangat!

Nak dekat 8 tahun pakai spec. Alhamdulilah dapat balik “mata” Lepas buat lasik surgery ni mata kembali macam asal nampak clear terus & paling seronok bila silau pun hilang sekali.

Sebelum tu, dulu memang seorang yang rabun jauh. Mula pakai spec masa spm kalau tak silap. Tapi masa tu pakai pun “on off” saja sebab power masa tu takda la teruk sangat.

Bila sambung belajar di universiti, mata semakin rabun sampai kena pakai sepanjang masa. Mungkin salah satu sebab masa belajar tu memang boleh katakan tiap hari menghadap laptop (kursus graphic design mmg tak lari dengan laptop). Bila hari hari tengok laptop, rabun pun makin lama makin teruk. Power makin naik.

Tapi masa ni belum terfikir nak buat “lasik surgery” lagi. Tak pakai spec masih boleh nampak tapi blur blur so masa tengah tak pakai spec, kalau ada yang melambai atau tegur tapi tak dilayan minta maaf ye hahahaha rabun la katakan.

Bila dah berkemampuan untuk buat pembedahan lasik, barulah mula dengan pencarian tempat yang murah iaitu di Advance Vision Eye Specialist Centre dekat Damansara Utama.

Dah habis belajar, masuk alam pekerjaan pulak. Power makin naik lagi (last check sebelum lasik hari tu power dah nak dekat 300). Lepas tu terfikir nak buat lasik surgery, tapi modal belum ada jadi hold kejap. Bila dah ada saving sikit, baru lah mula survey tempat mana yang ada buat lasik ni (Dr. Muhaya, UIA Kuantan, Pusat Pakar Mata Abdul Razak & Advance Vision Eye).

After dah dapat result dari survey tadi, then consider dari segi cost/location, puas hati dengan review dari customer yang pernah buat kat tempat tu & kos yang paling murah (nak dibezakan dengan tempat lain).

Akhirnya buat keputusan untuk buat “pembedahan lasik” di Advance Vision Eye Specialist Centre dekat Damansara Utama.

Di bawah merupakan langkah yang telah dilakukan sebelum, ketika dan juga selepas pembedahan lasik ini berjaya dibuat:

1). Benda pertama kena buat, call tempat tu tanya macam mana procedure. Mereka setkan date & minta kita datang kesana. Kali pertama sampai sana, ada sorang consultant yang akan terangkan pasal procedure, kaedah & kos untuk buat pembedahan lasik. (FOC)

2). Lepas dah diberikan penerangan, next step adalah “eye screening test”. Boleh buat pada hari yang sama masa kali pertama datang ke sana atau lain hari. Jadi, abang buat “eye screeningt test” ni di lain hari. Call & set appointment semula. Bila sampai sana, macam biasa akan ada consultant yang akan buat “eye screening test” secara manual & komputer. Test ni adalah untuk menentukan sama ada kena buat “normal lasik surgery” atau “custom lasik surgery”.

Based on kita punya ketebalan lapisan kornea mata. Lepas dah settle test dengan consultant, nanti kita akan jumpa Dr (dia yang akan decide sama ada kita akan buat normal or custom lasik surgery). 


Untuk makluman semua, “eye screening test ni kosnya RM80.00. Lepas dah buat test tu, terpulang sama ada nak terus proceed dengan surgery atau tak. Kalau tak, kos RM80.00 tak dipulangkan ye. Kalau nak proceed, masa ni dah boleh booking and buat deposit sebanyak RM400 (in cash).

Dapat info dari mereka, untuk pembedahan lasik ni mereka dah tak guna kaedah pisau/blade untuk buka lapisan kornea mata tu (seramkan dengar hahahaha). Jadi makna kata, dekat sana sekarang mereka guna kaedah fully laser atau bladeless masa pembedahan lasik ni (serious tak sakit).

Jadi bila dah fikir punya fikir, nekad untuk teruskan. Maka... satu tarikh telah dilock untuk pembedahan lasik (26/10/2018) - Jumaat. Pembedahan lasik memang akan dibuat pada hari jumaat saja.

Nota: Jika anda telah berjaya melakukan pembedahan ini, anda DILARANG sama sekali untuk memandu

3). Sebelum hari kejadian, kita akan ke sana untuk final checking satu atau dua hari sebelum (boleh pilih sama ada hari rabu atau khamis). Dan masa ni jugak kita akan bayar terus full payment.

26/10/2018, terus ke ke sana ditemani my siblings (sebab diberitahu bila selesai pembedahan kita memang tak boleh memandu). So sekarang cuma tunggu turn untuk naik tingkat atas & masuk ke operation room.

Tunggu punya tunggu (boleh tahan lama jugak sebab ramai) nama dipanggil. Naik ke tingkat atas, tukar baju & tunggu dalam waiting room. Masa tu dia panggil tiga orang sekali. Saya orang kedua. Masa orang pertama tengah buat pembedahan, nurse panggil tunggu dekat luar untuk get ready (masa tu macam macam doa dah baca, cuak punya pasal). Masa kat luar tu, nurse akan titiskan ubat bius dekat mata. Rasa kurang selesa sikit & mata rasa macam mengembang.

Tadaaaa! Namaaaaaa dah dipanggil untuk masuk dalam operation room. Masa ni tengok muka nursee and Dr pun tak nampak sangat (sebab dah kena tanggalkan spec). Dr kat situ sangat ramah and banyak borak, mungkin dia nak kasi hilang cuak kot. So I am ready untuk lasik surgery! 

Untuk makluman semua, pembedahan dibuat dalam keadaan sedar. Dr cuma minta kita stay cool and jangan banyak gerak. Kita akan dibaringkan, Dr akan mulakan dengan mata kanan dulu & kemudian mata kiri. Masa ni lah tembakan “laser” dibuat. Dr pesan mata focus pada laser tu saja jangan gerakan mata. Tak sakit, cuma ada bau bau hangit hahahahaha. Tapi betul tak sakit. Pembedahan ni ambil masa kira kira 6-10 mins untuk kedua dua mata.

Alhamdulilah lega bila dua dua mata dah “ditembak” laser. Selesai semua, buka mata dan terus nampak muka nurses dengan Dr dengan jelas (masa ni penglihatan sekitar 40-50 percent). Macam wow!

Selesai semua urusan, turun kebawah semula untuk ambil ubat & appointment card untuk rawatan susulan. Boleh balik! 

Pemeriksaan lanjut juga perlu dilakukan selepas selesai pembedahan. Tambahan pula, mata anda tidak boleh direct kepada sinaran matahari langsung.

4) Tapi esoknya kena datang lagi untuk berjumpa dengan Dr untuk pemeriksaan lanjutan. Sebelum nak keluar, memang akan kena pakai spec yang betul betul gelap sebab mata tak boleh direct kena pada matahari. Dalam perjalanan dalam kereta, mata sedikit tak selesa macam ada pasir & akan berair ja macam orang menangis.

Sampai rumah terus titiskan ubat, makan ubat tahan sakit/gatal & terus tidur dalam 3-4 jam atas nasihat Dr. Bila bangun, mata still susah nak buka dan masih berair (2 hari jugak macam tu). Risau jugak hahahaha so call klinik, mereka cakap itu normal. Masuk hari ketiga keempat mata dah boleh buka & penglihatan dah boleh tengok sikit sikit. 

Lama kelamaan, Alhamdulilah! Penglihatan dan semakin jelas and macam tak percayaaaaa dah boleh tengok tv tanpa spec. Even mata macam kabur sedikit tapi semakin jelas dan jelas. Alhamdulilah dah dapat “mata” balik.

5) Ok sebelum tu, untuk pengetahuan semua. Lepas surgery ni, akan ada check up dengan Dr. So, memang kena ready dari segi masa sebab buat hari biasa weekdays. Check up atau ujian mata ni ada tempoh dia, seminggu selepas pembedahan (wajib datang), sebulan (wajib datang), tiga bulan (terpulang) & enam bulan (terpulang). Oh ni lifetime warranty ya!

Now 4 month+ after lasik surgery, mata dah betul betul jelas dah boleh lihat 100%. Silau pun hilang. Pada kawan kawan yang nak buat, teruskan. Oh lupaaaa nak bagitau saya buat normal lasik surgery sebab power masih bawah “500”. Custom surgery tu untuk siapa yang powernya atas “500”.

Bila dah selesai semuanya, kena pakai spek yang betul-betul hitam ya.

Image via Muzaimil Huzairi / Facebook

Sehari selepas surgery. Jangan takut sebab tak sakit, cuma mata susah nak buka.

Image via Muzaimil Huzairi / Facebook

Empat hari selepas. Mata dah boleh buka.

Image via Muzaimil Huzairi / Facebook

Kos yang telah dikenakan pula adalah RM2,888 untuk pembedahan kedua-dua belah mata. Setakat ini memang harga yang paling rendah jika dibandingkan dengan beberapa tempat.

6) Untuk kosnya semua RM2888 untuk kedua mata. Setakat survey, tempat ni terpaling murah & dapat review yang sangat baik. Deposit diperlukan sebanyak RM400. Untuk custom surgery kosnya sedikit mahal, RM5588. So siapa yang powernya masih bawah 500, cepat cepat buat!

7). Ramai yang akan tanya,sakit tak masa pembedahan tu? Jawapannya, semestinya la tak! Cuma sakit sikit nak cari modal tapi Inshaallah berbaloi kerana nikmat mata yang tak ternilai. Sekarang dah boleh tengok tv & drive tanpa spec, say no more!

Sekian,
Dari dulu seorang yang rabun.

*Klinik ada sediakan antibiotic dan pelembab mata (macam eyemore). Memang kena pakai ikut time dah diberi. Sangat membantu.

Hasilnya...

Selamat tinggal rabun! :D

Sufian Suhami pun buat pembedahan lasik juga.

Image via Muzaimil Huzairi / Facebook

Sebelum itu, boleh tonton dahulu video kaedah proses pembedahan lasik seperti di bawah:

Ni contoh kaedah macam proses lasik. Selamat menonton!

Posted by Muzaimil Huzairi on Sunday, February 10, 2019

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Perkongsian menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: