seismik

Pemandu Treler Angkut Berpuluh Rider Motor Terkandas Banjir Ini Terima Pujian Netizen

Seronok tengok rakyat Malaysia tolong-menolong antara satu sama lain.

Cover image via @safifkhun (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sejak Kuala Lumpur dan Selangor dilanda banjir kilat baru-baru ini, kita dapat lihat betapa prihatinnya rakyat Malaysia saling bantu-membantu mereka yang terkandas

Tidak dinafikan, ramai bertungkus-lumus dan mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan nyawa masing-masing tidak kira bangsa dan agama.

Sama juga seperti sebuah video ini yang memaparkan pemandu treler membawa ramai penunggang motosikal yang terkandas di Shah Alam mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@safifkhun

aduh.. #banjir ##shahalam ##jem ##fyp ##f#yp

original sound - Safif Khun

Macam naik feri, tindakan pemandu treler dipuji ramai

Menerusi perkongsian video daripada @safifkhun, kelihatan treler yang membawa kenderaan itu menyusuri laluan bawah jambatan di Shah Alam yang sudah ditenggelami air.

Namun, apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila ramai penunggang motosikal dilihat berada di belakang treler itu bersama motor-motor mereka sambil melambai ke arah kamera.

Rupa-rupanya, mereka menumpang treler kerana tidak dapat meneruskan perjalanan dalam keadaan banjir. Ternyata, pemandu treler yang baik hati itu telah menerima pujian daripada para netizen.

"The best of rakyat Malaysia, apa pun situasi tetap happy semua walaupun menanggung kesedihan. Terbaiklah abang lori" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 348.9K views, 47.7K likes dan 2K shares di TikTok. 

Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat rider-rider motor atas treler itu. Malah, ramai yang mendoakan semoga kebaikan driver treler tersebut dibalas dengan beribu-ribu kebaikan.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Semoga urusan mangsa-mangsa banjir dipermudahkan. Amin :)

Anda kini boleh membuat sumbangan menerusi Tabung Bencana NSTP-Media Prima yang akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan bagi membantu meringankan beban mereka.

Setiap sumbangan yang diberikan amatlah dihargai.

Image via SAYS Seismik

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: