Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Untuk Pelajar Berkuat Kuasa Berperingkat Mulai 21 April
Perkara ini melibatkan institusi seperti sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membekalkan 2 unit lencana Jalur Gemilang untuk setiap pelajar susulan penguatkuasaan inisiatif ini bermula 21 April
Menerusi laporan Berita Harian, dua unit lencana Jalur Gemilang akan dibekalkan kepada setiap pelajar secara percuma susulan penguatkuasaan pemakaian lencana Jalur Gemilang terhadap pelajar bermula 21 April ini secara berperingkat.
Dalam kenyataan daripada KPM hari ini, inisiatif ini membabitkan semua institut di bawah kelolaan KPM termasuk sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Bertujuan untuk memupuk semangat cinta dan patriotisme terhadap negara
KPM telah menyediakan Garis Panduan Pemakaian Lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam untuk pelajar di institusi pendidikan bawah KPM.
Tururt disertakan bersama adalah Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/2025 sebagai panduan tatacara pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam pelajar.
"Inisiatif ini bertepatan dengan fungsi institusi pendidikan untuk menyemai rasa cinta akan negara dan menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda," kata kenyataan itu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!