Pemain Manchester United 'Koyak' & Buat Isyarat Lucah Selepas Tewas Lawan ASEAN All-Stars
Kelab gergasi England itu tewas 0-1 kepada pasukan pilihan Asia Tenggara.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Semalam, baru sahaja menyaksikan perlawanan di antara pasukan Manchester United menentang ASEAN All-Stars yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil
Namun, suasana bertukar menjadi sedikit tegang apabila pemain bintang Manchester United, Amad Diallo menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong dek kerana kekalahan mengejutkan kepada Asean All Stars.
Kejadian itu berlaku sebaik sahaja tamat perlawanan persahabatan pascamusim yang menyaksikan kelab gergasi England itu tewas 0-1 kepada pasukan pilihan Asia Tenggara.
Malah, kekalahan pasukan The Red Devils sememangnya tidak dapat dijangkakan dan telah mengecewakan ribuan penyokong yang hadir.
Didakwa tunjuk isyarat sebagai balasan pada ejekan dan cemuhan
Kekalahan itu ternyata tidak dapat diterima penyokong sehingga salah seorang pemain Manchester United telah menunjukkan isyarat lucah.
Tular hantaran di laman X apabila pemain Manchester United, Diallo yang mengangkat jari tengahnya secara jelas ketika berjalan menuju ke bilik persalinan.
Difahamkan, tindakan itu dipercayai balasan terhadap ejekan dan cemuhan penyokong yang menyuarakan kekecewaan mereka pada prestasi hambar United malam tadi.
Sementara itu, seorang lagi pemain United, Alejandro Garnacho didakwa juga menunjukkan isyarat lucah kepada jurukamera ketika berjalan menuju ke bilik persalinan sebaik tamat perlawanan.
Ia telah mencetuskan kontroversi dan perdebatan ramai mengenai tindakan mereka yang dianggap tidak beradab.
Untuk maklumat anda, skuad ASEAN All-Stars mencipta kejutan besar dengan menewaskan United 1-0 menerusi jaringan Maung Maung Lwin pada minit ke-71.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!