Peluang Menangi Hadiah Bernilai RM500,000, Lakukan Pelbagai Transaksi Bersama Pos Malaysia
Apa tunggu lagi, jom buat transaksi bayaran di Pos Malaysia sekarang!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Artikel ini ditaja oleh Pos Malaysia.
Tahukah anda? Pos Malaysia dah lama sediakan khidmat untuk pembaharuan insurans, pembayaran bil dan pelbagai lagi transaksi lain yang boleh dibuat
Mungkin ramai yang ingat Pos Malaysia ini hanya kerja hantar parcel dengan surat sahaja betul? Sebenarnya tidak, Pos Malaysia turut menyediakan pelbagai lagi perkhidmatan melibatkan transaksi seperti pembaharuan insurans, pembayaran bil, zakat, wakaf, pendepositan ASBN dan pelbagai lagi!
Dengan hanya buat kunjungan ke pejabat pos, anda boleh selesaikan lebih 200 jenis transaksi dalam satu masa tanpa perlu pergi ke cawangan pusat perkhidmatan lain untuk melakukan pembayaran.
Sempena perayaan Hari Raya ini, Pos Malaysia ada sesuatu istimewa untuk anda dalam kempen Serba-Serbi Aidilfitri
Dalam promosi istimewa ini, pelanggan yang menggunakan servis transaksi di rangkaian Pos Malaysia seperti di Pejabat Pos, Pos Laju dan Pos Mini berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik di samping dapat menikmati pelbagai tawaran hebat di Pos Malaysia.
Promosi Serba-Serbi Aidilfitri
- Anda berpeluang memenangi duit raya berjumlah sehingga RM10,000 dengan transaksi minimum sebanyak RM150 untuk transaksi terpilih di mana-mana pejabat pos, cawangan Pos Laju atau Pos Mini.
'Renew & Reward'
- Pelanggan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti motosikal, duit poket e-wallet, perlindungan insurans percuma, dan banyak lagi ganjaran bernilai RM500,000 menanti jika anda perbaharui insurans kereta bersama Pos Malaysia.
Mudah & senang nak jumpa outlet Pos Malaysia
- Dengan rangkaian outlet pejabat pos, Pos Laju dan Pos Mini di seluruh negara, pelanggan dengan mudah boleh menemui lokasi outlet berdekatan dengan kawasan mereka kerana terdapat lebih 1,000 touchpoints di Malaysia.
- Jangan lupa untuk singgah ke Pos Shop untuk mendapatkan tawaran terhad sempena musim perayaan ini seperti minuman Kurma dan pencuci mulut, donat kari ayam, ikan bilis, dan kacang merah yang tersedia di cawangan-cawangan Pos Malaysia.
Jom lakukan transaksi di cawangan Pos Malaysia terdekat sekarang dan anda berpeluang menang besar!
Promosi Serba-Serbi Aidilfitri Pos Malaysia telah bermula sekarang sehingga 30 April 2025. Bagi anda yang memerlukan maklumat lanjut tentang promosi ini, klik sahaja di SINI.
Kempen Renew & Reward turut telah bermula sekarang sehingga 15 April 2025. Pastikan anda tidak terlepas peluang memenangi hadiah gempak dan klik di SINI untuk dapatkan maklumat lanjut.
Jangan lupa juga untuk dapatkan pelbagai promosi menarik di Pos Shop sempena hari raya ini di mana anda boleh dapatkan pelbagai snek dan makanan dengan harga yang berpatutan!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!