Pelbagai Jenis Kuih Muih Tempatan Disajikan, Jom Kunjungi Kafe Lokal Di Shah Alam Ini
Macam-macam ada!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bukan mudah untuk kita dapatkan aneka kuih tempatan hanya di satu tempat, betul tak?
Namun, terdapat satu kafe lokal di Shah Alam yang menyajikan hampir 40 jenis kuih muih dengan harga yang berpatutan.
Jadi, anda tidak perlu risau jika tiba-tiba craving kuih kerana anda boleh sahaja dapatkan kuih yang diingini di kafe ini.
Kuih keria? Talam ubi? Onde-onde? Semuanya ada di KUEH Cafe! Kuih-muih dijual dengan harga RM3 hingga RM5 sahaja. Rasanya pula memang sedap belaka.
Bukan itu sahaja, KUEH Cafe turut menyediakan pelbagai menu yang menyelerakan
Anda boleh nikmati aneka nasi seperti Nasi Lemak Ayam Rempah dengan harga RM10.90 dan Nasi Tomato Ayam Merah dengan harga RM12.90.
Selain itu, KUEH Cafe juga menghidangkan pelbagai juadah tempatan seperti Laksa Utara, Soto Ayam, Roti Jala Kari Ayam, Lempeng dan banyak lagi. Semuanya anda boleh dapatkan dengan harga kurang daripada RM10 tau!
Jika anda inginkan kudapan yang sedap, kafe lokal ini turut menawarkan Cucur Udang Kuah Kacang, Ubi Rebus Kayu, Keropok Lekor dan macam-macam lagi.
Pencuci mulut kegemaran ramai seperti Bubur Pulut Hitam pun ada tau! Rugi betul kalau anda tak kunjungi KUEH Cafe ini.
Admin dah cuba dan memang recommended ya tempat ni. Orang Shah Alam wajib pergi! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!