seismik

Pelayan Ini Kena Marah Sebab Tumpahkan Air, Tapi Di Akhir Video Pula Buat Ramai Tak Sangka

Nak rasa marah mula-mula tengok video ni.

Cover image via @ayidmazlan_ (Twitter)

Bekerja sebagai seorang pelayan di kedai makan memang sesuatu yang agak mencabar kerana perlu melayan pelbagai karenah pelanggan

Malah, pelayan juga harus berhati-hati dalam melakukan tugas mereka tambahan lagi jika sedang membawa makanan pelanggan kerana pelbagai risiko mungkin terjadi seperti makanan tertumpah atau jatuh.

Sama seperti video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila seorang pelayan lelaki dengan tidak sengaja tertumpahkan minuman kepada pelanggannya menerusi sebuah CCTV yang mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Pelayan minta maaf sebab tak sengaja tumpahkan, tapi lain pula yang jadi

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pelayan lelaki sedang membawa minuman ke arah seorang pelanggannya.

Tetapi, semasa mahu meletakkannya di atas meja, dia secara tidak sengaja tertumpahkan minuman tersebut sehingga terkena pada seluar pelanggan lelaki tersebut.

Disebabkan itu, pelanggan lelaki berkenaan mula memarahi pelayan terbabit dan dia pun segera memohon maaf tetapi masih terus dimarahi.

Walau bagaimanapun, secara tiba-tiba keadaan bertukar menjadi lain apabila pelanggan lelaki itu berhenti memarahi dan mereka dilihat terus menari bersama sambil memandang ke arah CCTV.

"Gigih eh tengok sampai habis. Baru nak kesian. Hahaha" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen meluahkan rasa tertipu mereka selepas melihat video tersebut.

Malah, ramai juga yang meninggalkan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video itu. Ada juga yang merasa kelakar melihat gelagat pelayan dan pelanggan lelaki tersebut di akhir video.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 168.8K views, 6,325 retweets dan 5,257 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Aduhai, last-last semua kena tipu dengan video ni :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: