seismik

Pelanggan Shopping Baju Raya Di Muaz Sampai Bersepah Kedai - "Macam Kena Serang Zombie"

Kesianlah staf macam ni.

Cover image via @iqanabilaidi (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular baru-baru ini di TikTok sebuah rakaman memaparkan sebuah gedung pakaian Muaz bersepah disebabkan pelanggan

Menerusi video perkongsian @iqanabilaidi di TikTok, wanita tersebut berkongsi bagaimana keadaan pakaian di kedai itu dilihat bersepah dan terdapat banyak kain yang dibiarkan di atas lantai.

"Baju cantik, samping, kurta semua dan murah, tapi agak-agaklah kalau datang serbu pun, tak payahlah buka packaging dia lepastu campak atas lantai.

"Baju kualiti premium harga berpatutan tapi yang membeli perangainya tak berapa nak premium sorry," tulisnya.


Image via TikTok

Macam dah kena serang dengan ‘zombie’

Tambah wanita itu, dia hairan dengan tindakan segelintir pelanggan yang tidak bertanggungjawab membiarkan pakaian di gedung berkenaan bersepah.

"Saya tak salahkan staf Muaz langsung tapi salahkan korang yang datang pergi serbu ni.


"Nampak macam kita sekarang ni tengah ada dalam situasi zombie apocalypse dah," katanya.

Lihat video tersebut di bawah:

@iqanabilaidi

baju kualiti premium harga berpatutan tapi yang membeli perangainya tak berapa nak premium sorry

original sound - iqa nabila aidi

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: