seismik

Pelancong Warganegara Malaysia Maut Terjatuh Dari Hotel Di Phuket

Mangsa dijumpai petugas hotel pada Sabtu kira-kira jam 1 pagi, Jumaat (waktu tempatan).

Cover image via Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki warga Malaysia yang juga merupakan pelancong maut selepas terjatuh dari bangunan hotel di Phuket, Thailand

Menurut laporan Polis Thailand menerusi Harian Metro, mangsa yang berumur 25 tahun berasal dari Selangor, telah tiba di pulau peranginan itu pada 8 Mei bersama lebih 20 pelancong Malaysia yang lain.

Mangsa dilaporkan telah diaturkan sebilik bersama tiga orang rakannya sebelum dijumpai maut oleh petugas hotel kira-kira jam 1 pagi Jumaat (waktu tempatan).

Laporan Polis Thailand turut memaklumkan bahawa mangsa disahkan meninggal dunia di sebuah hospital di daerah Patong, Wilayah Phuket, pada 1.30 pagi Jumaat akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.

Jenazah dilaporkan telah dituntut oleh waris pada pagi Sabtu. Perkara itu disahkan oleh pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla, ketika dihubungi.

"Pihak konsulat telah membantu menguruskan jenazah dari daerah Patong ke wilayah Sadao melalui jalan darat sehingga sempadan Bukit Kayu Hitam. Ahli keluarga mangsa dijadualkan membawa jenazah ke Sungai Buloh untuk urusan pengebumian," menurut pihak Konsulat Malaysia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: