seismik

Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Jumpa Kucing Tetap Di Kolej, Siap Ada 'PhD' Lagi

Dia sedang "belajar" untuk menjadi Doktor Falsafah (PhD) Bahasa Meow dengan Kepujian.

Cover image via @shahmirisz (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan universiti yang mempunyai kucing peliharaan tetap di situ

Kebiasaannya kucing tetap di situ pasti kita akan nampak setiap hari atau ada loceng di leher mereka betul tak?

Namun, lain pula apabila seorang pelajar terjumpa kucing di kolejnya yang mempunyai 'PhD' telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Ada PhD dalam 'Bahasa Meow'

Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat seorang pelajar berkongsi gambar seekor kucing di kolejnya dengan pencapaian akademik cemerlang.

Dia berkongsi beberapa foto seekor kucing yang berkeliaran di sekitar institusinya di Kulai. Bukan sebarang kucing, si comel ini mempunyai kad nama dan tag sendiri dengan penerangan penuh tentang program pendidikannya.

Si comel yang diberi nama Che Chombi Che Choki, itu menyatakan secara terang-terangan bahawa beliau merupakan pelajar universiti Johor, beliau kini sedang "belajar" untuk mencapai gelaran Doktor Falsafah (PhD) Bahasa Meow dengan Kepujian.

Mengikut bahagian belakang kadnya, tag tersebut dikeluarkan pada 17 November 2022, dan akan menamatkan pengajiannya secara rasmi pada Oktober 2026.

"Kucing lagi berjaya dari manusia, siap ada gelaran Dr. tu" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 209.3K views, 23.7K likes dan 166 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Hebat lah awak meow, bukan calang-calang ada PhD tu :P

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: