seismik

Ambil Masa 1 Tahun Untuk Dibangunkan, Pelajar UiTM Temui Cara Baru Mengesan Diabetes

"Kos alat tersebut bernilai RM260"

Cover image via New Straits Times

Mengetahui penyakit diabetes memerlukan kos yang mahal untuk diubati, pelajar UiTM, Nur Shima Abdul Aziz, 23 telah menjalankan satu penyelidikan untuk mengesan penyakit diabetes dengan cara lebih mudah dan lebih murah

Shima bersama dua lagi rakannya Mohd Amin Khusyairi Othman dan Nur Alya Ahmad telah berjaya mencipta satu alat yang diberi nama Ketobetix Personal Healthcare Monitoring System yang direka khas untuk mengesan dan memantau diabetes.

Alat tersebut telah mengambil masa satu tahun untuk dibangunkan dengan kos bernilai RM260.

Menurutnya, dia bersama rakan-rakannya mahu mencipta alat yang bukan hanya berpatutan, malah juga dengan menggunakan pendekatan yang berbeza. Cara konvensional memerlukan seseorang untuk mencucuk jari atau menjalani ujian glukosa air kencing. Tetapi berlainan pula dengan Ketobetix Personal Healthcare Monitoring System.

Ia menggunakan kaedah tidak invasif iaitu berfungsi dengan mengesan tahap ketone, yang merupakan bahan kimia yang dihasilkan apabila terdapat insulin yang tidak mencukupi di dalam badan.

Untuk berbuat sedemikian, pesakit hanya perlu menghembus nafas ke dalam corong yang mengandungi sensor, yang mengukur kepekatan aseton dalam nafas

Kaedah ini adalah lebih mudah daripada yang konvensional. Mereka telah menemuramah pakar di HUKM yang telah mengseahkan kaedah ini.

Peranti ini juga menggunakan teknologi Internet of Things (IoT) untuk menyampaikan data yang dikumpul dan diproses untuk doktor-doktor dan ahli keluarga terdekat yang boleh melihat melalui mobile devices mereka atau komputer di mana-mana sahaja. Terdapat juga aplikasi mudah alih yang datang bersama alat ini untuk membantu pesakit dan doktor membaca data. Nilai tahap ketone pula diukur dalam millimoles per liter (mmol / l).

"Data ini kemudian dihantar ke 'cloud' dan dikongsi ke aplikasi mudah alih melalui Internet. Idea ini adalah bahawa doktor boleh memantau keadaan pesakit dengan menggunakan pangkalan data kerana semua data dan maklumat daripada pesakit disimpan dalam pangkalan data dan 'cloud'. Pesakit juga boleh melihat keadaan mereka dan mendidik diri mereka mengenai keadaan tubuh badan melalui aplikasi mudah alih," kata Shima.

Ketobetix Personal Healthcare Monitoring System telah dikemukakan untuk ke Pertandingan Reka Cipta & Inovasi 2016.

Sementara itu, Profesor Madya Ruhani Ab Rahman, yang menyelia projek itu berkata, alat itu adalah yang pertama seumpamanya

"Dengan itu, pesakit dan doktor boleh menjimatkan masa dan wang. Mereka boleh berkomunikasi antara satu sama lain dengan mudah melalui alat peribadi mereka dalam real time, dan doktor tidak perlu melihat pesakit setiap masa untuk memantau keadaan mereka," kata beliau.

Cabaran bagi pelajar sekarang adalah untuk membangunkan sensor baru yang lebih kecil.

Sensor Arduino digunakan untuk prototaip. Shima berkata, langkah seterusnya pasukan itu adalah untuk melanjutkan penyelidikan mengenai projek ini dengan melakukan kerja-kerja eksperimen dengan hospital supaya alat tersebut boleh diperbaiki untuk dikomersialkan.

Sumber: New Straits Times

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Hebat-hebat belaka pelajar UiTM kan? #UiTMDiHatiku

You may be interested in: