seismik

Pelajar Tingkatan Satu Ini Nyaris Buta Lepas Kawan Curah Air Sabun Masa Tidur Di Asrama

Apa masalah kawan dia tu?

Cover image via Shopee Malaysia & The Indian Express

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Duduk di asrama sememangnya banyak cabaran, tambahan lagi bagi pelajar yang pertama kali berjauhan dengan keluarga

Tidak dinafikan, perasaan homesick itu pasti ada. Tetapi, jika kita berjumpa dengan kawan-kawan yang positif dan menyeronokkan, pasti kita akan menikmati zaman belajar di asrama itu.

Namun, lain pula dengan situasi seorang pelajar lelaki ini apabila dia dikatakan hampir buta gara-gara kawannya mencurahkan air sabun semasa dia sedang tidur.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan Malaysia

Mangsa cedera kedua-dua belah mata dan suspek telah ditahan

Menurut sumber, pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah berasrama di Gerik, Perak itu nyaris buta setelah dicurah cecair dipercayai sabun mandi oleh rakannya ketika dia sedang tidur.

Mangsa yang merupakan seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun cedera di kedua-dua belah matanya dan telah diberikan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh sejurus selepas insiden tersebut.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata siasatan mendapati kejadian tersebut telah berlaku pada awal pagi 19 Mei lalu. Namun, laporan polis telah dibuat oleh bapa mangsa pada 7 Jun.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan benda berbahaya. Beberapa orang guru dan pelajar juga akan dipanggil sebagai saksi bagi membantu siasatan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: