seismik

[GEMPAR] Remaja Perempuan 13 Tahun Putus Kedua-Dua Belah Kaki Akibat Digilis Lori

Benar kata orang 'Malang tak berbau'.

Cover image via postimg.org

[TERKINI] “Mak, boleh ke kaki saya tumbuh balik?" - Adik Nuraisyah

“Alhamdulillah dia (Nuraisyah) mampu tersenyum walaupun soalan yang paling mengguris hati dia tanya kaki boleh tumbuh lagi atau tidak,” demikian ujar abang Siti Nuraisyah Sahrin, 13, yang putus kedua-dua belah kaki akibat digilis lori.

sinarharian.com.my

Perkongsian gambar Huzaini bersama adiknya di laman Facebook.

Image via Huzaini Sahrin/Facebook

Bagaimanapun Huzaini tidak dapat memberikan penjelasan terhadap apa yang berlaku.

“Bagi anda yang nak tahu kejadian sebenar, boleh dapatkan maklumat di akhbar, maaf saya tidak dapat nak jelaskan apa yang berlaku.

“Diharap semua tanda tanya anda terjawab di akhbar. Terima kasih di atas doa dan kesudian anda mengambil berat tentang kami sekeluarga,” katanya lagi

sinarharian.com.my

Dalam pada itu, bapa tiri Siti Nuraisyah tuntut hukuman setimpal terhadap pemandu yang terlibat dalam kemalangan itu

Bapa tiri kepada mangsa kemalangan tempoh hari, Roslan Sardi, 40, meminta hukuman setimpal dijatuhkan terhadap kedua-dua pemandu yang terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan anak tirinya kehilangan kedua-dua belah kaki.

"Pemandu lori dan kereta itu seperti mahu membunuh anak saya, langsung tidak bertanggungjawab selepas langgar mereka. Pemandu terbabit perlu terima hukuman setimpal dan bertanggungjawab terhadap nasib anak saya yang hilang kedua-dua kakinya"

bharian.com.my

Tambahnya lagi, hatinya begitu luluh melihat anak tirinya itu duduk di atas jalan dalam keadaan kedua-dua belah kakinya terputus manakala kakaknya masih lagi dalam keadaan trauma.

Bapa tiri pelajar putus kaki tuntut hukuman setimpal [VIDEO]

Posted by Berita Harian Online on Tuesday, 19 January 2016

Bagaimanapun, Roslan dikritik beberapa netizen kerana membenarkan anak jagaannya itu menunggang motosikal tanpa lesen yang masih bawah umur

Komen netizen terhadap insiden ini

Image via Berita Harian Online/Facebook

18 JAN: Kita dikejutkan dengan berita yang menyayat hati mengenai seorang pelajar perempuan yang putus kedua-dua belah kaki akibat digilis lori

Mangsa, Siti Nuraisyah Sahrin,13, putus kedua-dua belah kaki setelah digilis lori yang dipercayai membawa muatan pasir ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Kejadian malang itu berlaku di Parit 16, Sungai Panjang, apabila mangsa dan kakak tirinya, Shamin Amirah Roslan, 14, dikatakan terjatuh dari motor akibat bergesel dengan sebuah kereta kancil pada jam kira-kira 3.30 petang semalam.

Mangsa ditenangkan oleh penduduk kampung.

Image via www.sinarharian.com.my

Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa, mangsa jatuh di tengah jalan dan tidak sempat bangun lalu kakinya digilis lori yang datang dari arah bertentangan

Manakala, kakaknya pula tercampak ke bahu jalan dan cedera pada bahagian badan dan kaki.

Oleh itu, mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), Sabak Bernam sebelum dihantar ke Hospital Klang untuk rawatan lanjut.

Difahamkan pemandu lori dan pemandu kereta kancil tersebut melarikan diri selepas kejadian

Walaubagaimanapun, pemandu lori tersebut dikatakan telah membuat laporan polis berikutan beberapa keping gambar yang tersebar luas di media sosial.

Gambar lori terbabit yang kelihatan di hadapan balai polis yang kononnya pemandu lori tersebut sudah membuat laporan polis.

Image via www.facebook.com

Namun, sehingga kini informasi yang disebarkan orang ramai tersebut masih belum sahih.

Berikutan itu, seorang saksi tampil menceritakan kisah sebenar insiden malang tersebut

"Walaupun itu bukan anak saya, tapi perasaan saya hiba setiap kali saya kutip cebisan daging yang berselerakan atas jalan raya," luah seorang penduduk yang mengambil masa kira-kira lima minit mengumpulkan cebisan daging kaki seorang mangsa kemalangan di sini, petang tadi.

sinarharian.com.my

Saksi, Jamalulail Md Alias, 52, memberitahu bahawa dia menerima berita kemalangan tersebut menerusi aplikasi WhatsApp yang disampaikan oleh anaknya.

Info kejadian yang tersebar di WhatsApp

Image via eberita.org

Sebaik tiba di tempat kejadian, dia mendapati pihak perubatan sedang memberi bantuan kecemasan kepada mangsa manakala dia mengutip cebisan-cebisan daging yang bertaburan di atas jalan dengan menggunakan kertas surat khabar dan dimasukkan ke dalam plastik.

Terbaru, bagi meringankan dugaan adik Nuraisyah, Lembaga Zakat Selangor (LZS) sedia beri bantuan kerusi roda dan kaki palsu

Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta menghubungi polis di talian 03-32242613 ( Inspektor Afiq Hardiv) dari Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam untuk membantu siasatan.

hmetro.com.my

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi berita kemalangan, KLIK SINI

You may be interested in: