seismik

Pelajar Dari Terengganu Muncul Pendebat Bahasa Arab Terbaik Dunia Di Doha, Qatar

Kejayaan itu membuktikan pelajar dari Malaysia juga mampu menguasai dengan baik bahasa asing walaupun bukan penutur jati.

Cover image via Wan Azlan Wan Ahmad (Facebook)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pendebat Malaysia, Wan Amzar Izzuddin Wan Mohd Azlan diumumkan sebagai peserta terbaik Kejohanan Debat Bahasa Arab Sekolah-Sekolah Antarabangsa di Doha, Qatar baru-baru ini

Menurut Harian Metro, turut cemerlang pertandingan edisi keenam itu rakan sekolahnya, Abdul Muizz Hasanulddin yang meraih pendebat kedua terbaik.

Dua pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Batu Buruk, Terengganu itu berjaya menewaskan peserta lain dari 34 negara yang mengambil bahagian.

Kejayaan dua pendebat kategori bukan penutur jati bahasa Arab itu secara tidak langsung mengubat kekecewaan pasukan negara yang tidak berjaya ke pentas final selepas tumpas kepada pendebat Bahrain pada pusingan ketiga.

Dibimbing pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang diketuai Mohamad Ikmal Hakimi Mohamad Helni

Selain dua pelajar SMAASZA itu, turut berada dalam senarai pendebat negara adalah pelajar Maahad Pontian Johor, Daing Muhammad Hasbi Daing Armey dan Khatib Sulaiman Mustafa.

Mereka dibimbing pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang diketuai Mohamad Ikmal Hakimi Mohamad Helni.

“Kejayaan ini adalah yang tertinggi di pentas antarabangsa, saya tidak menyangka dinobatkan pendebat nombor satu dunia, lagipun saya bukan orang Arab, apa-apa pun syukur Alhamdulillah.

“Kejayaan ini juga membuktikan anak Malaysia juga mampu menggegar dunia walaupun bukan penutur jati dalam bahasa Arab,” kata Wan Amzar Izzuddin.

Wan Amzar Izzuddin (kiri) dan Abdul Muizz (kanan) bergambar kenangan selepas menerima medal dan trofi kemenangan.

Image via Wan Azlan Wan Ahmad (Facebook)

Rakannya, Abdul Muizz berkata, kejayaan itu membuktikan pelajar dari Malaysia juga mampu menguasai dengan baik bahasa asing walaupun bukan penutur jati.

Sementara itu Pengetua SMAASZA, Engku Abdullah Engku Dalam Ahmad yang turut sama mengiringi pendebat merakam penghargaan kepada semua pihak yang menyumbang tenaga, kewangan dan buah fikiran bagi menjayakan perjalanan pendebat negara.

Dalam pada itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar melalui laman Facebook rasminya mengucapkan ucapan tahniah dan penghargaan buat kedua-dua pelajar SMAASZA yang meraih kejayaan sekali gus meletakkan nama Terengganu di persada dunia.

“Syabas dah tahniah juga buat dua orang lagi ahli pasukan debat dari negeri Johor, ibu bapa, guru-guru, jurulatih dan semua pihak di atas kejayaan yang membanggakan ini.

“Kejayaan ini tidak akan berhasil tanpa sokongan dan dorongan semua pihak, Alhamdulillah,” katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: