Pelajar Jepun Kongsi Malaysia Telah Mengubah Hidupnya Walaupun Baru Tinggal Sebulan
Baguslah dia berubah ke arah lebih positif.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak dinafikan Malaysia merupakan sebuah negara yang maju dan menjadi pilihan ramai anak muda untuk sambung belajar di sini
Malah, budaya dan kehidupan di sini juga menjadi antara salah satu sebab mengapa ramai yang suka pada Malaysia.
Seperti sebuah video di akaun TikTok yang memaparkan kehidupannya menjadi lebih positif lepas tinggal di Malaysia.
Banyak perubahan diri lebih positif lepas tinggal di Malaysia
Menerusi akaun di TikTok @aottttttttyy.malaysia, difahamkan pelajar dari Jepun itu berkongsi bagaimana dirinya dulu sewaktu di negara asal.
Di dalam video itu, dapat dilihat dia seronok berhibur dan memaparkan gaya hidup tidak sihat. Namun, ia berubah sebaik sahaja dia menyambung belajar di Malaysia.
Selepas sebulan tinggal di Malaysia, dia memberitahu kehidupannya kini jauh berbeza dari dulu di mana dia berubah ke arah yang lebih positif.
Malah, rutin hariannya berubah 360 darjah, daripada bangun pagi, kemudian bersenam setiap hari dan bekerja secara fleksibel.
Dia juga meluahkan rasa makanan di Malaysia sangat sedap.
"Really love to be here," tulisnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!