seismik

Pekerja B40 Di Sime Darby Property Dapat Kenaikan Gaji Minimum Kepada RM2,700 Sebulan

Difahamkan gaji minimum baharu Sime Darby Property kini adalah RM1,000 lebih tinggi berbanding paras gaji minimum kebangsaan yang ditetapkan.

Cover image via Sime Derby Property

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sime Darby Property Bhd umum menaikkan gaji minimum bagi para pekerjanya yang berada dalam kumpulan pendapatan B40 sebanyak 80 peratus, daripada RM1,500 kepada RM2,700 sebulan

Kenaikan gaji tersebut adalah sebahagian daripada komitmen pihak syarikat terhadap kesejahteraan pekerja dan pertumbuhan inklusif.

Menurut laporan Berita Harian, Pengerusi Sime Darby Property, Datuk Rizal Rickman Ramli, berkata pelarasan itu mengambil kira peningkatan kos sara hidup dan bertujuan untuk menyediakan sokongan kewangan yang lebih baik kepada pekerja berpendapatan rendah.

"Inisiatif ini menonjolkan komitmen kami terhadap kestabilan kewangan dan kesejahteraan tenaga kerja kami, khususnya mereka yang paling terjejas oleh kenaikan kos sara hidup," katanya dalam Laporan Tahunan Bersepadu Kumpulan 2024.

Pengerusi Sime Darby Property, Datuk Rizal Rickman Ramli

Image via BusinessToday

Kenaikan gaji ini adalah sebahagian daripada usaha pembangunan tenaga kerja yang lebih luas oleh Sime Darby Property di bawah pelan transformasi SHIFT25.

Pada 2024, syarikat mencatatkan peningkatan 43 peratus jumlah jam latihan pekerja dan memperkenalkan program baharu dalam bidang seperti kecerdasan buatan (AI), pembangunan lestari dan biodiversiti bandar.

Rizal Rickman berkata, langkah-langkah ini diambil sebagai usaha kumpulan untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja sejajar dengan permintaan industri yang berkembang dan jangkaan berkaitan tadbir urus, sosial dan alam sekitar (ESG).

Gaji minimum baharu Sime Darby Property sebanyak RM2,700 adalah RM1,000 lebih tinggi berbanding paras gaji minimum kebangsaan yang ditetapkan

Di bawah dasar gaji minimum yang disemak semula oleh kerajaan, paras gaji minimum bulanan dinaikkan kepada RM1,700 bermula Februari tahun ini bagi majikan yang mempunyai lima atau lebih pekerja.

Syarikat yang mempunyai kurang daripada lima pekerja diberi tempoh sehingga Ogos untuk patuh.

Ketidakpatuhan adalah satu kesalahan di bawah Akta Majlis Rundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732) dan boleh mengakibatkan penalti.

Kadar nasional baharu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2025, dijangka memberi manfaat kepada lebih 4.3 juta pekerja di seluruh negara.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: