seismik

Peguam Syarie Perjelas Pinggan Mangkuk & Perabot Dalam Rumah Lepas Bercerai Milik Siapa

Peguam tersbeut tampil memberi penjelasan susulan tular isu hangat tentang Cik Epal dan Jofliam baru-baru ini.

Cover image via @cikepal06 (Instagram) & @nuaimrazak (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, seorang peguam syarie tampil memberi penjelasan sekiranya bercerai, pinggan mangkuk dan perabot di rumah adalah milik siapa

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok @nuaimrazak, peguam berkenaan menjelaskan bahawa jika sesuatu harta dibeli sebelum berkahwin, ia hanya boleh dikira sebagai harta sepencarian sekiranya telah dimajukan atau dikembangkan dalam tempoh perkahwinan.

"Contoh isteri ada beli set pinggan mangkuk, perabot, TV, peti ais dalam tempoh perkahwinan.

"Tapi selepas bercerai suami pula bawa lari barang-barang tersebut, atau suami berkeras tak nak pulangkan semula kepada isteri, isteri boleh sertakan barangan tersebut dalam tuntutan harta sepencarian," jelasnya.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen mengaitkan nama pempengaruh Cik Epal dan bekas suaminya Jofliam ekoran isu hangat rumah tangga mereka sebelum ini

Malah, ada yang berpendapat kisah perceraian mereka berdua sedikit sebanyak memberi iktibar dan ilmu pengetahuan baharu untuk orang ramai.

Antara komen netizen di TikTok:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: