seismik

Peguam Kata Imigresen Tiada Hak Batalkan Pasport Alvin Dan Ali. Kenapa?

Tindakan kerajaan menarik balik pasport Alvin Tan dan Ali Abd Jalil mendapat cemuhan beberapa peguam negara. Di mana silapnya?

Cover image via thestar.com.my

Sejurus Selepas Jabatan Imigresen Mengumumkan Pembatalan Pasport Malaysia Milik Alvin Tan Dan Ali Abd Jalil, Peguam Mengeluarkan Kenyataan Bahawa Putrajaya Sebenarnya Tidak Berhak Melakukan Sedemikian

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim menunjukkan pasport Alvin Tan dan Ali Abd Jalil yang ditahan.

Image via themalaymailonline.com

Putrajaya tidak berhak menarik semula pasport rakyat Malaysia, kata peguam, dan menambah tindakan sedemikian bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mereka berpendapat, keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 berkenaan "kebebasan peribadi" di bawah Artikel 5 merangkumi hak warganegara Malaysia ke luar negara dengan pasport yang sah.

Peguam berkata, jabatan berkenaan seharusnya membatalkan tindakan terbabit untuk menunjukkan rasa hormat terhadap keputusan mahkamah.

Para peguam turut mencadangkan agensi penguatkuasa menghentikan para penjenayah termasuk mereka yang sedang menghadapi pendakwaan daripada melarikan diri ke luar negara.

themalaysianinsider.com

Peguam, R. Kengadharan Berkata, Perlembagaan Negara Merupakan Undang-Undang Tertinggi Di Negara. Oleh Itu, Mana-Mana Undang-Undang Akan Terbatal Sekiranya Bercanggah Dengan Perlembagaan Walaupun Diluluskan Parlimen.

Peguam, R. Kengadharan.

Image via thestar.com.my

R. Kengadharan berkata, mana-mana undang-undang yang diluluskan Parlimen, termasuk Akta Pasport, akan terbatal sekiranya bercanggah dengan Perlembagaan yang merupakan undang-undang tertinggi di negara ini.

"Jabatan itu melangkaui batasannya dan bertindak bertentangan dengan keadilan," katanya.

Kengadharan berkata, dua individu terbabit boleh memohon kepada mahkamah dan menuntut jabatan itu mematuhi undang-undang yang ditafsir mahkamah.

themalaysianinsider.com

Peguam, S. N. Nair Pula Berkata, Tiada Peruntukan Dalam Akta Pasport Yang Membolehkan Datuk Mustafa Ibrahim Membatalkan Pasport Yang Diperoleh Rakyat Malaysia Secara Sah

Peguam, S. N. Nair.

Image via snnair.wordpress.com

"Ketua pengarah kelihatan melangkaui bidang kuasanya," katanya.

Nair berkata, pendakwaraya boleh memohon menggantung pasport mereka dan menghalang mereka untuk ke luar negara secara sah.

"Kedua-dua mereka boleh disekat daripada ke luar negara namun hak mereka untuk memiliki pasport sekarang dilanggar kerana mengeluarkan kenyataan terhadap pihak berkuasa," katanya lagi.

Nair berkata, kerajaan boleh memohon bantuan ekstradisi daripada negara di mana mereka berada dan mendakwa mereka di Malaysia.

themalaysianinsider.com

Dalam Pada Itu, Datuk Ambiga Mendakwa Tindakan Tersebut Melanggar Artikel 9 Perlembagaan Persekutuan Kerana Menghalang Warganegara Berikutan Rampasan Dokumen Perjalanan Ketika Mereka Berada Di Luar Negara

Datuk Ambiga Sreenevasan.

Image via themalaysianinsider.com

"Mereka kini tidak boleh kembali ke Malaysia tanpa dokumen khas," katanya.

Ambiga berkata, kedua-dua mereka juga tidak boleh memasuki negara ketiga tanpa pasport.

Beliau berkata lagi, adalah salah dan berlaku penyalahgunaan kuasa kerana suara mereka tidak didengar.

"Tiada kerajaan yang bertanggungjawab berkelakuan sedemikian terhadap rakyatnya," kata Ambiga.

themalaysianinsider.com

Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen Berpendapat Kerajaan Terlalu Memikirkan Perkara Remeh Dengan Mengambil Tindakan Terhadap Dua Individu Berkenaan Kerana Mengkritik Dan Menghina Institusi Kerajaan

Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen.

Image via www.freemalaysiatoday.com

"Menarik balik pasport ini tidak munasabah kerana ia tidak selari dengan kesalahan yang dilakukan mereka," katanya.

Alvin dan Ali juga kini menjadi individu tanpa sebarang dokumen di luar negara berikutan penarikan semula pasport mereka.

"Mahkamah mempunyai toleransi yang tinggi dan tidak memerlukan kuasa eksekutif dan penjawat awam untuk melindungi mereka," kata Eric Paulsen.

Peguam Negara boleh mengambil tindakan menghina mahkamah terhadap mereka yang tidak menghormati mahkamah.

themalaysianinsider.com

Meskipun Begitu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Mempertahankan Tindakan Menarik Balik Pasport Kedua-Dua Individu Terbabit Dengan Mendakwa Ianya Sah Di Sisi Undang-Undang

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Image via thestar.com.my

"Secara perundangannya, penarikan balik pasport itu sah di sisi undang-undang. Tetapi kita tidak boleh tarik kerakyatan, dia lahir di sini, kerajaan Malaysia tidak sekejam itu. Kita tidak ada usaha lakukan ekstradisi setakat ini, walaupun kita ada perjanjian ekstradisi. Kesalahan yang dilakukan ialah kerana tidak mematuhi peraturan yang diberikan mahkamah."

"Saya tidak salah gunakan kuasa... Tapi, tiada pasport itu pun sudah cukup seksa. Kalau dia berani dia patut balik semula, ertinya dia pengecut, sebab itu dia tidak dapat ijazah, dia gagal. Sejauh-jauh bangau terbang, akan balik ke belakang kerbau juga," kata Naib Presiden UMNO itu.

Beliau bagaimanapun berkata, Putrajaya tidak mempunyai sebarang peruntukan menghalang mana-mana negara memberi suaka politik kepada dua individu itu.

"Kalau ada negara lain yang berikan dokumen perjalanan, itu urusan negara berkenaan," katanya.

yahoo.com

Sebelum Ini, Alvin Tan Juga Menasihatkan Masyarakat Cina Untuk Meninggalkan Malaysia Demi Masa Depan Yang Lebih Terjamin. BACA SINI:

You may be interested in: