Pegawai Kadet ALK-UPNM Cipta Sejarah, Cemerlang Di Kolej Tentera Terkemuka UK
Hebatnya, tahniah kami ucapkan!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pegawai Kadet Muhammad As’ad Natamuddin dari Akademi Latihan Ketenteraan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (ALK-UPNM) dilaporkan berjaya menamatkan latihan ketenteraan di Royal Air Force College Cranwell, United Kingdom (UK) baru-baru ini
Menerusi hantaran di Facebook Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkata, sepanjang latihan, Muhammad As’ad menjalani modul intensif yang merangkumi aspek ketahanan mental, fizikal dan kepemimpinan dalam menghadapi cabaran dalam ketenteraan.
"Walaupun berbeza persekitaran dan budaya, dengan dedikasi dan semangat juang yang tinggi, beliau telah berjaya menamatkan latihan tersebut dengan cemerlang sesuai dengan keperluan TUDM dalam usaha melahirkan pegawai yang berkualiti," katanya.
Difahamkan, latihan selama tujuh bulan itu membabitkan kursus Modular Initial Officer Training Course No 33 yang berlangsung dari 2 September 2024 hingga 3 April lalu.
"Kejayaan ini menandakan langkah penting dalam kerjaya ketenteraan beliau dan Panglima Tentera Udara serta seluruh warga TUDM ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah.
“Ia bukan sahaja menjadi kebanggaan TUDM tetapi juga bukti komitmen dan kecemerlangan anak bangsa dalam persekitaran pertahanan yang semakin mencabar," katanya lagi.
Pihak TUDM juga berharap kejayaan beliau memberi impak positif kepada pembangunan TUDM pada masa akan datang
"Tamatnya latihan ini juga menjadi titik permulaan kepada perjalanan yang lebih cemerlang dalam karier ketenteraan beliau, semoga dengan ilmu dan pengalaman yang diperoleh di Royal Air Force College Cranwell akan terus memberi impak positif kepada kecemerlangan dan pembangunan TUDM pada masa akan datang," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!