seismik

PDRM Terima 188 Laporan Berkaitan Sebuah Program Libatkan LGBT, Penganjur Akan Dipanggil

Kes disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ, Bukit Aman mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Cover image via Monash & X

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pihak polis memaklumkan akan memanggil penganjur sebuah program melibatkan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) selepas menerima 188 laporan mengenainya

Menerusi laporan Berita Harian, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata semua laporan diterima daripada pelbagai pihak di seluruh negara sejak minggu lalu.

"Setakat ini, polis sudah menerima 188 laporan berkaitan isu berkenaan. Kita akan panggil penganjur untuk temu duga," katanya.

Didakwa bertujuan meraikan Pride Month, program berkenaan dipercayai akan diadakan pada 21 Jun ini di Petaling Jaya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Image via Kosmo

Mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar ketika hebahan program itu dilakukan

Terdahulu, hebahan program tersebut yang dipercayai program “Pride Care: Queer Stories & Sexual Health Awareness anjuran sebuah organisasi di bawah Parti Sosialis Malaysia, Pemuda Sosialis telah mendapat perhatian oleh Menteri Hal Ehwal Agama itu.

"Saya ingin tegaskan bahawa kerajaan Malaysia menolak sebarang bentuk naturalisasi budaya LGBTQ, secara halus atau terbuka.

"Tindakan penganjuran program sebegini, walaupun bersifat tertutup, jelas mencabar norma masyarakat serta nilai agama yang dianuti majoriti rakyat Malaysia,"
 katanya dalam kenyataan itu.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan siasatan dijalankan selepas satu hantaran di media sosial berhubung perancangan program tersebut tular di laman sosial.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: