seismik

PBT Diarah Untuk Sita & Rampas Segala Iklan Berkaitan Vape, Rokok Elektronik Di Selangor

Perkara itu diputuskan selepas mesyuarat penyelarasan cadangan pengharaman penjualan rokok elektronik di Selangor dilangsungkan.

Cover image via Code Blue & MBSA (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diarah rampas dan sita iklan berkaitan produk rokok elektronik (vape) di mana-mana medium pengiklanan, sama ada fizikal atau digital

Menerusi laporan Harian Metro, Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin berkata, tindakan ini adalah selaras dengan peruntukan Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023 (Akta 852), yang secara jelas melarang sebarang bentuk pengiklanan, promosi dan penajaan berkaitan produk merokok elektronik.

"Isu penjualan secara dalam talian turut dibincangkan memandangkan ia sukar dikawal dan sering menjadi saluran utama kepada golongan remaja untuk mendapatkan produk ini.

"Ini kerana penggunaan vape dalam kalangan remaja menunjukkan peningkatan ketara, yang mana berdasarkan Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022, dianggarkan hampir 14.9 peratus remaja lelaki berusia 13 hingga 17 tahun di Malaysia adalah pengguna vape.

"Statistik ini amat membimbangkan dan mencetuskan keperluan mendesak untuk tindakan proaktif di peringkat negeri," katanya.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin.

Image via Harian Metro

Dasar yang diperkenalkan membawa tujuan memberi impak positif terhadap kesihatan awam generasi akan datang

Dalam mesyuarat yang dipengerusikannya itu, Jamaliah turut menambah dasar-dasar yang diperkenalkan ini dilakukan bagi melihat impak kesihatan awam dan generasi akan datang.

"Kerajaan negeri ingin memastikan setiap dasar yang diperkenalkan mengambil kira impak terhadap kesihatan awam dan generasi akan datang.

"Kerajaan negeri juga amat mengalu-alukan peranan aktif ibu bapa, institusi pendidikan, masyarakat sivil serta agensi berkaitan di peringkat negeri dan Persekutuan," katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam akan mengadakan mesyuarat lanjutan dalam masa terdekat bagi membincangkan pilihan dasar yang wajar dipertimbangkan sebelum cadangan akhir dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk diputuskan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: