seismik

Patutkah 'Straw' Plastik Diharamkan? Macam Mana Pula Dengan Plastik Lain? Baca Sini

Baca dulu baru tahu.

Cover image via wp.com

Tindakan Kementerian Wilayah mengharamkan penggunaan straw plastik baru-baru ini mungkin menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan peniaga dan pengguna

Image via gannett-cdn.com

Kenapa straw?

Sedangkan masih banyak barangan plastik lain yang boleh menjadi penyebab kepada pencemaran alam sekitar.

Menurut laporan University City High School Commander, jumlah plastik di lautan akan lebih banyak berbanding ikan menjelang 2050 jika tiada sebarang tindakan diambil sekarang

Image via sustyvibes.com

Straw plastik berakhir di lautan melalui aktiviti seperti pembuangan sampah, ditiup keluar daripada tong sampah, atau ditinggalkan di pantai. Straw plastik juga merupakan salah satu daripada sepuluh item paling banyak ditemui semasa pembersihan pantai.

Menurut laman sesawang syarikat yang bertanggungjawab untuk membersihkan pantai, straw plastik mengambil masa 200 tahun untuk mengurai. Malah, selepas terurai ia menjadi mikrofam dan tidak boleh diuraikan sepenuhnya.

Tanpa disedari, straw plastik adalah ancaman yang lebih besar kepada kehidupan marin

Kira-kira 71 peratus burung laut (seabirds) dan 30 peratus penyu telah dijumpai dengan plastik di dalam perut mereka. Apabila haiwan-haiwan ini menelan plastik, kehidupan marin mempunyai kadar kematian 50 peratus lebih tinggi.

Radio New Zealand (RNZ) pernah menyatakan sebelum ini bahawa Malaysia telah menjadi tempat lambakan bagi New Zealand, Australia dan United Kingdom untuk membuang sisa plastik

Selepas China yang sebelumnya menerima kira-kira 50 peratus daripada import plastik buangan yang diharamkan dunia bermula tahun ini, Malaysia telah menjadi “alternatif popular”.

Image via ppim.org.my

Sementara itu, Reuters juga melaporkan bahawa import tahunan skrap plastik ke Malaysia melonjak kepada 450,000 hingga 500,000 tan metrik pada 2017 daripada 288,000 tan metrik pada 2016.

Ia terus menyatakan bahawa Malaysia, Vietnam, Indonesia, dan Thailand adalah antara negara Asia Tenggara yang telah menarik minat pelabur China dalam sektor kitar semula plastik sepanjang tahun lalu, yang ingin mengisi kekosongan yang ditinggalkan di China.

Artikel ini merupakan sumbangan daripada Hello Doktor untuk diterbitkan semula oleh SAYS atas keizinan.

Hello Doktor: Laman web rasmi | Facebook

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lagi artikel daripada Hello Doktor DI SINI:

You may be interested in: