seismik

Gelagat Pasukan Jerman Berbahasa Malaysia Di Facebook Buat Peminat Teruja. Fasih Sangat!

Boleh jadi salah seorang admin page ini orang Malaysia?

Cover image via Platform Comms

Kurang dari seminggu lagi sebelum Piala Dunia FIFA 2018 bermula secara rasmi, tetapi pasukan bola sepak Jerman sudah pun memenangi hati peminat mereka di Malaysia dengan telatah mereka di media sosial

Image via The Sun UK

Dalam beberapa minggu ini, laman Facebook juara bertahan Piala dunia FIFA ini telah mengemaskini beberapa post mereka dalam Bahasa Malaysia

Post ini memberi kejutan kepada para peminat pasukan Jerman di Malaysia, dengan ramai yang memuji admin laman tersebut.

Bahkan, ada yang merasakan mungkin admin laman itu berasal dari Malaysia, oleh kerana kemahiran bertutur dalam bahasa ibunda kita.

Walaupun kebanyakan post mereka masih ditulis dalam bahasa Inggeris, namun, laman itu tetap tidak lekang dalam berinteraksi dengan peminat mereka di Malaysia dari masa ke semasa.

Siap bagi fun facts, #SoalSelasa dan macam-macam lah!

Mereka juga telah mempersiapkan para peminat di Malaysia untuk bersorak dalam bahasa Jerman sempena Piala Dunia yang akan datang

Bukan itu sahaja, admin laman ini pun cukup rajin dalam membalas komen peminat Malaysia mereka

Kalau nak baca lagi post bahasa Malaysia pasukan Jerman ini, boleh follow Facebook Germany Football Team - Die Mannschaft.

Auf geht's Deutschland!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Tahu tak boleh tengok Piala Dunia FIFA tahun ni secara percuma?

Dah nak dekat Piala Dunia ni, orang mulalah ambil kesempatan jual jersi harga mahal melampau!

You may be interested in: