seismik

"Paris Who?" - Setaraf Antarabangsa, Pembukaan Sukma 2024 Di Sarawak Terima Pujian Ramai

Persembahan pembukaan yang berkelas dunia!

Cover image via @ASTROARENA (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 akhirnya dibuka secara rasmi dalam satu majlis pembukaan yang dilangsungkan dengan penuh gemilang di Stadium Sarawak pada Sabtu lalu

Meskipun ada atlet yang sudah meraih pingat lebih awal, namun kini kesemua pertandingan sudah sah dibuka secara rasminya.

Dapat dilihat, sambutan rakyat Sarawak cukup luar biasa apabila mereka mula membanjiri pekarangan stadium seawal jam 2 petang.

Majlis pembukaan rasmi itu turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan timbalannya, Adam Adli Abdul Halim, majlis kali ini diserikan lagi dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Image via @ASTROARENA (X)

Ramai puji pembukaan Sukma 2024 level macam antarabangsa

Menerusi video dikongsikan di laman X, persembahan pembukaan itu telah mendapat pujian ramai daripada netizen.

Ada yang menyamakan persembahan pembukaan itu setaraf seperti pembukaan sukan antarabangsa.

Malah, ada juga yang mengkritik pembukaan Sukma Sarawak ini lebih bagus daripada pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 yang lalu.

Lihat komen-komen daripada netizen di laman X:

Lihat video pembukaan itu di bawah:

Memang setaraf dengan antarabangsa pembukaan Sukma 2024 ni!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: