seismik

Panggil Tarian Singa Sambut Anniversary, Isteri Buat Kejutan Luar Jangkaan Untuk Suami

Memang lain macam surprise dia.

Cover image via @kaklongtehais (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi pasangan yang sudah berkahwin, ulang tahun perkahwinan sememangnya sesuatu yang dinantikan

Ia menunjukkan tanda anda dan pasangan anda sudah berapa lama bersama. Masa inilah ramai orang ambil peluang untuk 'dating' kembali selepas kedua-dua sibuk bekerja dan menjaga anak betul tak?

Dengan cara ini dapat lebih mengeratkan lagi hubungan anda berdua. Kebiasaannya, pasti ramai yang akan sambut di restoran untuk meraikannya dan memberikan hadiah.

Namun, lain pula dengan kejutan yang diberikan si isteri ini kepada suaminya yang ternyata berada di luar jangkaan.

Suami terkejut tengok kejutan dari isteri

Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan itu pada awalnya berada di sebuah restoran sambil menyambut ulang tahun perkahwinan mereka.

Namun, apa yang si suami tidak tahu, isterinya ada membuat kejutan sempena ulang tahun mereka. Setibanya kejutan berkenaan si suami kelihatan terkejut dan kelihatan tersenyum.

Rupa-rupanya, isterinya menempah tarian singa buat mereka untuk meraikan ulang tahun perkahwinan tersebut. Malah, isterinya memberitahu ia juga adalah niat untuk prank si suami.

"Kalau aku gini dah lari. Tapi comel lah kak, sweet sangat" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.8M views, 298.1K likes dan 3,491 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

@kaklongtehais Finally dapat pun buat suprise tidak susah nak suprisenya malam semalam tido phone letak bawah batal risau kantoi plan nak prank dgn dia #fyp original sound - Zirahjamal

Comel je sambut dengan singa tu! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: