seismik

Paling Sedikit Dalam Sejarah, Pemimpin ASEAN Boikot Sidang Kemuncak ASEAN-AS

Sidang Kemuncak itu hanya dihadiri pemimpin tertinggi Thailand, Laos dan Vietnam.

Cover image via bloomberg

Hanya tiga pemimpin berbanding 10 anggota negara Asean keseluruhannya menyertai Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat

Hal ini dipercayai terjadi setelah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump tidak menghadiri sidang itu untuk tahun kedua.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump

Image via Deadline

Memetik Free Malaysia Today, sidang kemuncak yang bermula pada 4 November itu hanya dihadiri Pemimpin Tertinggi Thailand, Laos dan Vietnam manakala Amerika Syarikat (AS) hanya diwakili Penasihat Keselamatan Negara, Robert O'Brien.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang pada awalnya dijadualkan menghadiri sidang tersebut turut menukar jadual mengetepikan sesi tersebut.

Perdana Menteri Malaysia, Tun M

Image via The Malaysian Reserve

China seperti biasa menghantar Perdana Menteri Li Keqiang iaitu orang nombor dua Presiden Xi Jinping. Ini sekali gus menjadikan ia perwakilan paling sedikit dalam sejarah sejak Barack Obama menaik taraf hubungan dengan Asean pada tahun 2011.

Sementara itu, O'Brien dalam ucapannya berkata AS akan mempertahankan hubungannya dengan ASEAN dalam apa jua kos

Amerika Syarikat hanya diwakili Penasihat Keselamatan Negara Robert O'Brien sekali gus menjadikan ia perwakilan paling sedikit dalam sejarah.

Image via Astro Awani

Malah beliau dengan lantang membacakan surat Trump yang mengundang pemimpin ASEAN untuk menghadiri satu sidang khas yang bakal dianjurkan AS awal tahun hadapan.

Selain itu, Jurucakap Kementerian Luar Thai, Budasee Santipitaks turut mengesahkan pemimpin lain menjauhi pertemuan bersama wakil AS tersebut

Menurut laporan Bangkok Post, AS menyuarakan kegusaran terhadap diplomat ASEAN tentang boikot yang dilakukan pemimpin ASEAN. Setakat ini, AS dan ASEAN tidak mengeluarkan kenyataan selepas mesyuarat itu.

Jurucakap kementerian luar Thai, Busadee Santipitaks

Image via National News Bureau of Thailand

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: