seismik

Netizen Awhh Lihat Pakcik Tukang Sapu Tangkap Gambar Keluarga Ini Guna Daun Bentuk 'Love'!

Bukan biasa-biasa pakcik ini!

Cover image via Twitter @epathekiddo

Tular di laman sosial gelagat seorang warga emas menolong menangkap gambar sebuah keluarga yang bercuti di Thailand baru-baru ini.

Yang menjadi perhatian adalah kreativiti yang ditampilkan pakcik tersebut!

Menerusi laman Twitter, seorang gadis yang dikenali sebagai Epa telah berkongsikan beberapa gambar menunjukkan telatah seorang pakcik yang membantu dia serta keluarganya menangkap gambar ketika bercuti di Krabi, Thailand.

Sedang Epa dan keluarganya sibuk bergambar, pakcik yang dipercayai bernama Abdul Rahman yang juga merupakan seorang tukang sapu di taman tersebut secara tiba-tiba menegur mereka dan terus volunteer untuk menangkapkan gambar keluarganya.

Tanpa disangka-sangka mereka, pakcik itu mempunyai trick-nya tersendiri dalam menangkap gambar yang bukan sahaja menarik perhatian Epa serta keluarganya bahkan warganet turut terkesima dengan kreativiti pakcik itu. 

Tak percaya? Lihat sendiri hasilnya di bawah!

Menariknya, susulan daripada tularnya gambar tersebut, dua orang warganet telah tampil berkongsikan gambar yang turut sama diambil oleh pakcik itu.

Bukan itu sahaja, pakcik itu langsung tidak meminta upah dan terus sambung membuat kerjanya selepas selesai menangkap gambar.

Ternyata ramai dalam kalangan warganet yang kagum dan terharu melihat gelagat pakcik tersebut

Rata-rata merasakan pakcik berkenaan comel di samping memuji bakat serta kreativiti yang dipaparkannya. Bahkan siap ada yang kata pakcik itu sebenarnya merupakan seorang jurugambar handal!

Antara komen menarik yang dikongsikan warganet:

Alahai cute-nya pakcik ini!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: