seismik

[VIDEO] Pak Guard Tumbangkan 'MMA Fighter' Di Kondominium USJ One. Ramai Orang 'Salute'!

"You yang p***mak. Mari lah!"

Cover image via Discover Subang Jaya

Sejak dimuat naik petang semalam, video viral ini telah mendapat lebih 54,400 shares ketika artikel ini ditulis

Video dan gambar yang dimuat naik oleh laman Discover Subang Jaya itu turut mengumpul lebih 6 ribu komen. Dalam sekelip mata, topik 'Pak Guard Vs MMA Fighter' menjadi hangat di media sosial.

Apa yang terjadi sebenarnya?

Menurut laman tersebut, lelaki itu datang ke kondominium USJ One bagi mencari rakannya untuk mengutip hutang. Tetapi rakan yang disebutnya itu tidak mahu turun ke bawah untuk berjumpa dengannya. Dia meminta izin daripada pihak sekuriti untuk membiarkannya naik ke atas. Namun permintaannya itu ditolak.

Dia yang kecewa mula bertengkar dengan seorang pengawal, kemudian membuka baju dan mula tunjuk belang.

Posted by Discover Subang Jaya on Monday, July 17, 2017

Posted by Discover Subang Jaya on Monday, July 17, 2017

Laman berkenaan turut memberitahu bahawa lelaki terbabit telah memberi satu tumbukan kepada pak guard itu terlebih dahulu tetapi tidak dirakam

"Dia melemparkan satu tumbukan sebelum video dirakam dan langsung tidak memohon maaf selepas itu. Mereka berdua menendang antara satu sama lain sebelum lelaki itu ditumbangkan oleh beberapa pengawal yang datang membantu.

"Kamera CCTV telah merekodkan semuanya. Ini adalah kejadian yang nyata dan bukan kapsyen palsu untuk mendapatkan perhatian," tulis Discover Subang Jaya.

Posted by Discover Subang Jaya on Monday, July 17, 2017

Tambah sumber itu lagi, lelaki terbabit mendakwa bahawa beliau adalah seorang peninju MMA yang sudah berkecimpung selama 8 tahun

Image via fbcdn.net

Beliau turut mendakwa akan kembali untuk berlawan dengan semua pengawal, malah meminta mereka mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga mereka terlebih dahulu.

Menerusi ruangan komen, peninju tersebut yang dikenali dengan nama Darriush Kha Lili dengan megahnya memberitahu bahawa beliau sengaja tidak melawan

Tambahnya lagi, dia mengakui membuat kesilapan apabila menampar pengawal lelaki tersebut pada mulanya dan telah pun meminta maaf. Dakwanya lagi apa yang berlaku hanyalah salah faham dan tidak sepatutnya diperbesar.

"Respect sama pak guard. Jangan pandang rendah pada mereka."

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Yang ini memang kurang ajar!

You may be interested in: