seismik

Pak Cik Ini Sedih Dihalau Anak & Menantu Dari Rumah, Ahli Keluarga Dedah Ada Plot Twist

Hmm, apalah agaknya yang dia buat ya.

Cover image via TikTok

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sekarang ini banyak kes curang berlaku dalam masyarakat kita bukan?

Tidak dinafikan ia bukanlah perkara yang baru kerana masih wujud kejadian seperti itu. Terpulang pada pasangan itu sendiri mahu menyelesaikannya bagaimana.

Siapa saja yang suka kena tipu kan, tambahan lagi sudah hidup lama dengannya dan dia pula buat hal di belakang kita.

Begitulah yang terjadi dengan seorang pak cik dari Indonesia ini apabila dia dihalau oleh anak dan menantunya.

Turut curi barangan peribadi masa menginap di rumah anak

Menerusi video tersebut ,pak cik ini memberitahu dia dari Kalimantan ke Jakarta untuk berjumpa anak. Namun, baru saja dua hari menginap, dia tiba-tiba dihalau balik semula ke Kalimantan oleh menantu.

Ia mula terbongkar selepas seorang individu mengaku sebagai keluarga menjelaskan apa yang terjadi.

Menurut ahli keluarganya, pak cik Noerman diminta balik semula ke Kalimantan selepas kantoi mencuri barang-barang anaknya. Antara barangan itu adalah telefon bimbit. Malah, dia memberitahu ini bukan kejadian pertama berlaku.

"Dia sudah dijaga sama saya dan isteri tetapi dia malah mengambil handphone saya buat isteri mudanya," kata ahli keluarganya.

Image via TikTok

Dulu curang dengan isteri, keluarga anggap seperti 'karma'

Difahamkan, pak cik Noerman sebenarnya mempunyai pekerjaan yang bagus tetapi dia telah menghancurkan hidup sendiri apabila curang di belakang isteri.

Dia seperti terkena ‘musibah’ teruk selepas bercerai dengan isteri tua demi isteri mudanya. Malah, isteri muda tidak lagi terimanya kerana sudah tak lagi bekerja.

Isteri muda hanya mengambil kesempatan menggunakannya untuk tujuan mengemis dan mencuri.

Lihat video itu di bawah:

@rbgid_ Viral di media sosial video cerita seorang bapak yang ditolak oleh anak dan menantunya sambil menangis ia bercerita. Banyak warganet yang menyesali perbuatan anak dan menantunya itu kepada bapaknya. Namun berdasarkan klarifikasi melalui akun febri.popeye22, menceritakan kalau anak dan menantunya itu baik kepada si bapak yang biasa dipanggil pak Norman atau bang Napi. #viral #rbgid #promedia suara asli - RBG.id

Harap mereka boleh selesaikan dengan baik sajalah :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: