seismik

Padah Tayang Hadiah Kurniaan Istana, Tuanku Permaisuri Johor Buru Pemilik Akaun TikTok

Semoga jadi pengajaran!

Cover image via The Royal Johor (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pada era ini, boleh dikatakan hampir keseluruhan masyarakat seperti tidak boleh hidup tanpa media sosial

Seperti yang kita boleh lihat, ramai sebenarnya yang suka berkongsi video mengenai keluarga, rakan-rakan dan macam-macam lagi di media sosial.

Namun, terdapat juga netizen yang suka berkongsi perkara yang tidak sepatutnya demi meraih populariti.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai seorang pengguna yang berkongsi hadiah kurniaan Istana Johor menerusi akaun TikTok telah mencuri tumpuan ramai.

Baca hantaran penuh itu di bawah:

Salah guna kurniaan Istana untuk raih populariti

Menerusi sebuah hantaran Facebook rasmi oleh The Royal Johor, Tuanku Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah bertitah demikian merujuk kepada akaun TikTok 'syafeqyahyah' yang menayang hadiah kurniaan daripada Istana Bukit Serene.

Hadiah-hadiah itu sebenarnya kurniaan daripada Istana Johor kepada pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri Johor yang terpilih sebagai tanda perhargaan atas perkhidmatan mereka.

Baginda juga bertitah akan menfailkan satu laporan polis untuk menyiasat sama ada wujudnya elemen salah guna ataupun menyamar sebagai pegawai kerajaan Johor.

"Sebaiknya tak perlu kongsi, boleh mendatangkan pelbagai reaksi dan persepsi. Gembira kerana mendapat kurniaan lebih baik hanya mereka yang rapat sahaja kongsikan. Jangan hebahkan kepada umum, begitu juga kalau kenal kerabat diraja pun jangan hebahkan" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap isu yang berlaku ini. 

Ketika artikel ini ditulis, hantaran berkenaan telah mendapat 2.2K likes, 186 comments dan 171 shares di laman Facebook.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Mungkin niat cuma nak berkongsi tetapi cara pula yang salah. Diharapkan netizen boleh jadikan isu ini sebagai satu pengajaran :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: